web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Logo Mirip Kalimah Allah: JPM Adakan Pertemuan Dengan Semua JAIN - Menteri

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2024 9:13PM

Dr Mohd Na’im Mokhtar - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu pertemuan akan diadakan antara Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) susulan isu logo yang didakwa menyerupai kalimah Allah pada tapak kasut jenama Vern’s.

Menteri berkenaan, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pertemuan tersebut turut melibatkan pihak berkuasa seperti PDRM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menurut beliau, ia diadakan bagi menyelaras tindakan bersepadu untuk menangani isu berkenaan.

“Susulan pertemuan antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Pengasas dan Pengarah Urusan Vern’s Holding Sdn Bhd, Datuk Seri Ng Chuan Hoo pagi tadi, adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyerahkan proses selanjutnya kepada siasatan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“JAKIM juga telah diarah untuk memberikan kerjasama penuh kepada PDRM dalam melengkapkan siasatan,” katanya.

Logo pada tapak kasut Vern's yang didakwa menyerupai kalimah Allah - gambar Facebook
Logo pada tapak kasut Vern's yang didakwa menyerupai kalimah Allah - gambar Facebook

Jelas Mohd Na’im, proses selanjutnya akan diambil oleh pihak PDRM sekiranya terdapat elemen yang bertentangan dengan undang-undang.

“Semua pihak perlu mengambil pengajaran daripada situasi ini agar ianya tidak berulang lagi pada masa akan datang.

“Adalah menjadi komitmen utama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk menjaga kesucian agama Islam dan maslahah umat Islam,” katanya.

Tegas beliau, jabatan terbabit tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang jelas terbukti menghina agama Islam.

“Pada masa sama, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menasihatkan semua pihak untuk sentiasa bertenang serta tidak mengambil apa-apa langkah melulu yang bertentangan dengan undang-undang negara,” katanya.

Semua tindakan tambah Mohd Na’im, perlu berasaskan fakta dan bukti kukuh.

“Adalah menjadi kewajipan semua pihak untuk menjaga akhlak dan tingkah laku agar keharmonian dan perpaduan dalam negara sentiasa terpelihara,” katanya.

Isu logo pada tapak kasut Vern’s menjadi topik hangat apabila ada pembeli mendakwa rekaan dihasilkan itu menyerupai kalimah Allah.

Penjelasan daripada pihak pengurusan Vern's Holding Sdn Bhd mengenai lakaran logo berkenaan - gambar Facebook
Penjelasan daripada pihak pengurusan Vern's Holding Sdn Bhd mengenai lakaran logo berkenaan - gambar Facebook

Ia mencetuskan pelbagai reaksi apabila ada segelintir pihak lagi tampil membuat penafian dan berkata, ia hanyalah lakaran sebuah sepatu bertumit tinggi.

Susulan kekecohan, pengurusan Vern’s Holding menerusi hantaran di Facebook semalam memberitahu, logo berkenaan sebenarnya mengambil inspirasi daripada garisan tali yang bersambung dengan kasut tumit tinggi. - Getaran, 8 April 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan