web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terumbu Karang Musnah, Jejas Pelancongan Di Pulau Perhentian

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 4:42PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemusnahan terumbu karang di Pulau Perhentian, Terengganu dipercayai akibat musim tengkujuh perlu ditangani segera, bagi mengelakkan kehadiran pelancong ke pulau berkenaan terjejas.

Menurut penggiat industri, masalah itu sudah diadukan kepada pihak terbabit termasuk Jabatan Taman Laut Malaysia, namun sehingga kini tiada langkah proaktif diambil bagi menangani isu berkenaan.

Pemandu pelancong yang hanya mahu dikenali sebagai Saifuddin, 27, berkata,  masalah kemusnahan terumbu karang  sering dibangkitkan pelancong yang datang ke Pulau Perhentian untuk menyaksikan keindahan dasar lautnya.

"Kita selalu dapat aduan, bila kita bawa pelancong asing  untuk menyelam mereka terkejut tengok banyak terumbu karang mati dekat pulau ini.

"Jadi kita sebagai orang tempatan, tak tahu nak jawab apa, malu pun ada bila mereka tanya situasi itu.

“Yang kita bimbang, lama kelamaan kita akan kehilangan pelancong kerana daya tarikan dekat pulau ini sudah tidak ada.

“Lagipun, mereka datang ke pulau ini dengan harapan untuk lihat keindahan dasar laut, terumbu karang tapi realitinya terumbu karang kita dah mati ,” katanya kepada Getaran.

Beliau yang berkhidmat sebagai pemandu pelancong sejak berumur 18 tahun berkata, kemerosotan pelancong sudah pasti menjejaskan 'periuk nasi' rakyat tempatan yang sebahagian besarnya bergantung kepada sektor itu sebagai sumber pendapatan.

Pada masa sama, katanya, sektor pelancongan di negara ini juga perlu  bersaing dengan  negara jiran seperti Thailand dan Indonesia yang menawarkan produk pelancongan yang sama.

“Jadi kalau kita tak jaga khazanah yang ada di tempat kita sendiri, pelancong akan lari ke tempat lain,” katanya.

Presiden, Persatuan Premis Penginapan Pulau Perhentian, Abdul Aziz Che Abdullah pula berkata, isu kemusnahan dan pemuliharaan terumbu karang itu sudah acap kali diajukan kepada agensi terbabit.

“Kita sudah banyak kali suara, tapi masih tak  nampak langkah proaktif yang dibuat. Walhal mereka mengenakan caj terhadap setiap pelancong yang masuk ke pulau ini yang dipanggil caj taman laut.

“Tapi kita tidak nampak hasil daripada caj tersebut. Apa yang mereka belanjakan dengan hasil caj tersebut. Sebab kita tak nampak langkah proaktif yang dibuat bagi mengatasi isu ini,” katanya.

Menurut beliau, agensi itu mengenakan caj RM30 bagi pelancong asing  dan RM5 untuk pelancongan tempatan.

Difahamkan, caj berkenaan dikenakan bagi memasuki pulau yang diwartakan sebagai Taman Laut Negara.

Caj itu adalah caj pemulihan yang akan dimasukkan dalam Tabung Amanah Taman Laut dan Rizab Laut untuk pengurusan dan penyelenggaraan taman Laut dan ia seragam di seluruh negara.

Dalam pada itu, Abdul Aziz berkata, komuniti Pulau Perhentian ada mengambil inisiatif bagi meningkatkan kesedaran pelancong mengenai kepentingan menjaga terumbu karang.

“Memang setiap kali pelancong datang kita akan beritahu mengenai kepentingan memulihara terumbu karang.

“Sebelum mereka menyelam, kita akan maklumkan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan demi menjaga ekosistem laut.

“Tapi pada masa sama  kita harapkan agensi yang berwajib ini perlu lebih giat dalam menjalankan usaha pemuliharaan terumbu karang,” katanya. - Getaran, 18 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Perubahan Iklim, Musim Tengkujuh Punca Kemusnahan Terumbu Karang - Pakar

3

Semasa 10 bulan yang lalu

4 Pekerja Myanmar Dikhuatiri Tertimbus Dalam Runtuhan Bangunan Di Pulau Perhentian

4

Semasa 11 bulan yang lalu

'Mana Kamu Semua?' Bapa Buntu 4 Ahli Keluarga Hilang Selepas Pergi Bercuti

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini