web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 2 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 6 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2024 2:10PM

gambar FB Kerajaan Negeri Melaka

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Zaidi Johari meninggal dunia di Hospital Melaka di sini, pagi tadi.

Pejabat Ketua Menteri Melaka dalam kenyataan berkata, Allahyarham Zaidi, 54, meninggal dunia di hospital berkenaan kira-kira jam 8.15 pagi ketika menerima rawatan selepas rebah akibat serangan jantung di kediaman rasmi Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di sini.

Menurut kenyataan itu, Allahyarham yang dibawa ke Hospital Melaka dengan ambulans diberi bantuan pernafasan oleh pasukan paramedik, namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Jenazah telah dimandi dan dikafankan di Hospital Melaka kira-kira jam 9.30 pagi sebelum dibawa ke Masjid Al-Azim untuk solat jenazah, dan kemudiannya dibawa ke kediamannya di Batu 22, Kampung Tebong di Alor Gajah.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tebong selepas solat Jumaat.

Allahyarham Zaidi dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka ke-29 pada 5 Januari 2022 dan mula berkhidmat dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2017 sebagai Pengarah Tanah dan Galian di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Melaka, dan seterusnya sebagai Pegawai Kewangan Negeri di Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Melaka pada tahun 2020.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Siti Rohaya Kamalludin dan empat anak.

Sementara itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dalam kenyataannya berkata, beliau mewakili pentadbiran kerajaan negeri menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Zaidi serta mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

"Secara peribadi saya cukup terkesan dan amat berdukacita dengan berita ini.. Pemergiannya dalam waktu yang singkat adalah suatu kehilangan besar kepada seluruh warga perkhidmatan awam, khususnya di Melaka kerana jasa dan sumbangannya cukup besar kepada kerajaan negeri sepanjang perkhidmatan," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 3 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 10 jam yang lalu

Banjir Sepanyol: Tiada Rakyat Malaysia Terjejas - Wisma Putra

Semasa 12 jam yang lalu

Tekanan Berterusan Perlu Diberi Kepada Israel, Laksana Gencatan Senjata Dengan Segera - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Pukul Pemandu E-Hailing OKU, Pengawal Pengiring VIP Didenda RM1,000