web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


200 OKU Penglihatan Terima Dos Pertama Vaksin 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2021 4:12PM

Salah seorang OKU yang menerima suntikan dos pertama vaksin di Kompleks Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) di Kuala Lumpur, semalam. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 200 golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) Penglihatan dan penjaga mereka menerima vaksin COVID-19.

Pemberian vaksin jenis Pfizer-BioNTech itu dibuat di Kompleks Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), di bawah naungan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Ketua Pegawai Eksekutif MAB, George Thomas berkata, pemberian vaksin berkenaan adalah antara inisiatif kerajaan bersama persatuan mewakili OKU, bagi memastikan mereka tidak terpinggir dari semua usaha memerangi COVID-19.

Menurut beliau, proses suntikan berjalan begitu lancar dan teratur, selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Sekatan Penuh Perintah Kawalan Pergerakan. 

"Ramai dari penerima vaksin ini sebenarnya belum mendaftar dalam applikasi My Sejahtera.

"Ada antara mereka tidak memiliki telefon pintar, sekali gus menyukarkan proses pendaftaran menggunakan aplikasi itu," katanya kepada Getaran.

Pemberian vaksin ini melibatkan 200 golongan OKU yang diadakan di MAB, Kuala Lumpur, semalam.
Pemberian vaksin ini melibatkan 200 golongan OKU yang diadakan di MAB, Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir pada program berkenaan adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun serta Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

George berkata, majoriti penerima tidak memiliki pengangkutan dan memerlukan bantuan bagi membolehkan mereka hadir ke Pusat Penerimaan Vaksin (PPV).

"Pelaksanaan program seumpama ini membolehkan mereka dibawa ke PPV, hasil bantuan dan kerjasama semua pihak terlibat," katanya. - Getaran, 5 Jun 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki