web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kebakaran Kilang Cat: JAS Tempatkan 2 Alat Ukur Kualiti Udara

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2024 12:42PM

Jabatan Alam Sekitar menempatkan dua alat pengukur kualiti udara di kawasan Sekolah Kebangsaan Meru susulan insiden pelepasan asap tebal akibat kebakaran membabitkan sebuah kilang memproses cat di Taman Perindustrian Meru, semalam. - gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Alam Sekitar (JAS) menempatkan dua alat pengukur kualiti udara di kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Meru bagi memantau situasi susulan insiden pelepasan asap tebal akibat kebakaran membabitkan sebuah kilang memproses cat di Taman Perindustrian Meru, Klang semalam.

Ketua Pengarah JAS, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar dalam kenyataan hari ini berkata, pengukuran gas pencemar menggunakan alat penganalisis pelbagai gas mudah alih yang menggunakan teknologi spektroskopi inframerah transformasi Fourier (FTIR) setakat 8 malam tadi tidak mengesan sebarang gas toksik di udara.

"Namun begitu, pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa," katanya.

Menurut Wan Abdul Latiff berdasarkan pengawasan melalui stesen pengawasan kualiti udara JAS di lokasi berhampiran iaitu di Pandamaran, Klang, nilai bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada 8 malam adalah 69 iaitu pada tahap sederhana dan di bawah had yang ditetapkan oleh Standard Kualiti Udara Ambien Malaysia.

Berikutan kemusnahan kawasan penstoran bahan mentah di premis, katanya, JAS juga sudah mengeluarkan arahan kerja pembersihan dan pelupusan sisa bahan kimia terbakar ke Premis Yang Dilesenkan (PYDT), manakala penilaian di lapangan turut mendapati parit di sekitar kawasan SK Meru telah dicemari pigmen berwarna hijau.

Beliau berkata kerja pembersihan telah selesai sepenuhnya petang semalam, namun pada masa sama pemantauan pengaliran air daripada aktiviti pemadaman di kawasan premis terus dijalankan bagi memastikan air daripada aktiviti pemadaman tidak disalurkan ke kawasan perparitan luar premis dan menjejaskan kualiti air.

Semalam, dua bangunan sebuah premis pembuatan cat di Taman Perindustrian Meru terbakar kira-kira 6.20 pagi dan berdasarkan siasatan awal, kebakaran itu melibatkan kawasan penstoran bahan mentah mudah terbakar berunsurkan pelarut organik. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ambil Langkah Pencegahan Jika Berada Di Kawasan Jerebu, Panas - Dr Zaliha

2

Semasa 1 tahun yang lalu

4 Kawasan Semenanjung Catat IPU Tidak Sihat, Segamat Tertinggi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Banjir Kilat Diramal Berlaku Di 6 Negeri – JPS

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Akibat Rakus Cemar Sungai, Lesen Kilang Proses Sawit Digantung Serta-Merta

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia