web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Akibat Rakus Cemar Sungai, Lesen Kilang Proses Sawit Digantung Serta-Merta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2022 8:39PM

Siasatan JAS ke Sungai Bahai, Kluang, Johor mendapati air di situ dicemari sisa buangan cecair kilang pemprosesan kelapa sawit.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLUANG - Jabatan Alam Sekitar (JAS) menggantung serta-merta lesen sebuah kilang pemprosesan kelapa sawit selepas didapati mencemarkan Sungai Bahai di sini.

Jurucakap JAS menerusi kenyataan menegaskan, kelengkapan operasi kilang sawit tersebut turut disita selepas mendapati peralatan digunakan syarikat berkenaan melanggar undang-undang ditetapkan kerajaan.

Susulan aduan awam diterima, jelasnya, JAS menjalankan siasatan ke lokasi berkenaan kelmarin dan semalam untuk mengenal pasti punca pencemaran.

“Siasatan lanjut JAS mendapati bahawa punca pencemaran adalah dari kawasan ‘Empty Fruits Bunches’ (EFB) sebuah kilang sawit di mana air efluen (sisa buangan cecair) yang terhasil, mengalir tanpa kawalan ke alur air Sungai Bahai.

“Kilang juga didapati menggunakan kaedah pelupusan di atas ‘staked fronds’ dengan menyembur ke lorong pelepah,” katanya menerusi kenyataan di Facebook JAS, hari ini.

Lebih membimbangkan, katanya, langkah dipraktikkan kilang sawit tersebut tidak terus ke atas tanah untuk efluen yang diolah bagi pelupusan atas tanah (‘furrow system’) sebagaimana ditetapkan dalam syarat lesen.

“Sehubungan itu, pihak kilang sawit dikenakan penahanan operasi kelengkapan dan lesen kilang sawit digantung serta merta,” katanya.

Sementara itu, jurucakap JAS memberi amaran kepada pihak industri, khususnya pemilik kilang sawit agar sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan syarat lesen ditetapkan pihaknya.

“Tindakan tegas termasuk menggantung atau membatalkan lesen akan diambil JAS jika berlaku sebarang pelanggaran akta yang mencemarkan alam sekitar serta menjejaskan bekalan air minuman atau kesihatan orang awam.

“Orang ramai boleh melaporkan kes pencemaran kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) di talian bebas tol:1-800-88-2727 atau melalui e-aduan di eaduan@doe.gov.my,” katanya. - 9 Jun 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Kebakaran Kilang Cat: JAS Tempatkan 2 Alat Ukur Kualiti Udara

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Buang Sisa Toksik, 4 Ditahan JAS

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang