web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buang Sisa Toksik, 4 Ditahan JAS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 2:47PM

Ayob Khan (dua dari kanan) mendengar penerangan daripada Famey mengenai insiden pembuangan sisa industri ke dalam tali air di Kampung Baru Sri Aman di sini. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Empat lelaki termasuk pemilik kilang ditahan selepas disyaki melakukan pembuangan sisa industri berjadual ke dalam tali air di Kampung Baru Sri Aman, Kempas di sini, hari ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan tangkapan itu dibuat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor kira-kira 11.30 pagi tadi.

Beliau berkata, semua suspek warga tempatan itu ditahan di sebuah premis berhampiran lokasi kejadian.

“JAS Johor telah menahan empat suspek termasuk pemilik premis selepas disyaki terbabit dalam insiden pembuangan sisa toksik.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan polis Johor akan memberikan kerjasama kepada pihak JAS untuk menjalankan siasatan susulan.

“Mungkin ada lagi lokasi yang perlu diperiksa atau diserbu dan mungkin ada lagi beberapa tangkapan yang perlu dibuat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah JAS Negeri Johor, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, pihaknya sudah mengambil sampel bahan buangan yang dikesan dalam tali air untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti jenis bahan kimia terbabit.

“Siasatan awal mendapati ada tiga bahan kimia dikesan di udara, namun dalam jumlah yang minimum.

“Dalam kes kecemasan seperti ini, Jabatan Kimia akan beri kerjasama untuk membuat analisa segera,” katanya.

Ayob Khan (dua dari kanan) mendengar penerangan daripada Famey mengenai insiden pembuangan sisa industri ke dalam tali air di Kampung Baru Sri Aman di sini. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein
Ayob Khan (dua dari kanan) mendengar penerangan daripada Famey mengenai insiden pembuangan sisa industri ke dalam tali air di Kampung Baru Sri Aman di sini. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Beliau berkata, JAS dan polis akan terus melakukan pemeriksaan susulan ke atas beberapa lagi premis industri berdekatan, bagi mengenal pasti punca atau mengesan pihak yang mungkin terlibat membuat pelupusan secara haram.

Pada masa sama, Famey memberi keyakinan bahawa cerapan tiga bahan kimia yang dikesan hanya mencatat bacaan 0.6 hingga 1 ppm di udara, sekali gus bermakna ia dalam jumlah minimum dan selamat kepada penduduk sekitar.

Terdahulu di lokasi kejadian, agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JAS Negeri Johor turut dilihat membuat pemeriksaan di sebuah kilang yang disyaki menjadi punca kepada pencemaran berkenaan. - Getaran, 15 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 6 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 6 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad