web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


AJK Masjid Arah Terbalikkan Baju Sudah Beri Penjelasan Dan Mohon Maaf - Exco

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 May 2024 10:34AM

AJK Masjid ini didakwa mengarahkan jemaah berbaju PH menterbalikkan pakaian masing-masing - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Masjid Utama Bandar Batang Kali yang didakwa mengambil tindakan berunsur politik telah tampil memberi penjelasan.

Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi Selangor, Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, Pegawai Tadbir Agama dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga telah memberikan komitmen agar perkara seumpama itu tidak berulang di masa hadapan.

Menurut beliau, semua pengunjung masjid (dari dalam dan luar negeri Selangor) perlu mematuhi peraturan untuk tidak memakai pakaian yang mempamerkan nama, logo parti dan gabungan politik ketika di dalam masjid.

“Ini adalah selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar masjid-masjid di Selangor ini tidak dijadikan pentas politik, sebaliknya, masjid haruslah menjadi pusat penyatuan ummah.

“Saya berharap agar semua pihak bertenang dan tidak mengeruhkan lagi keadaan ini,” katanya.

Dr Mohammad Fahmi Ngah - Gambar X
Dr Mohammad Fahmi Ngah - Gambar X

Dr Mohammad Fahmi menarik perhatian, beliau telah mengarahkan Pegawai Tadbir Agama dan JAIS untuk terus memantau masjid, menyiasat serta mengambil tindakan yang wajar sekiranya berlaku perlanggaran, berdasarkan peraturan dan garis panduan sedia ada.

“Saya amat menghargai dan berterima kasih kepada pengadu awam yang tentunya akan membantu pihak berkuasa negeri menguatkuasakan lagi peraturan-peraturan yang sedia ada,” katanya.

Pada 9 Mei lalu, seorang aktivis politik, Najib Bakar mendedahkan, sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor masih tebal dengan sentimen politik.

Katanya, insiden berkenaan disaksikan sendiri sewaktu mahu menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut. 

Jelas beliau, ada seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid mengarahkan jemaah yang mengenakan baju Pakatan Harapan (PH) menterbalikkan pakaian masing-masing kerana berlogo politik. 

AJK sama bagaimanapun katanya, hanya membiarkan jemaah berpakaian baju Perikatan Nasional (PN) dan PAS tanpa memberikan arahan sama kepada mereka. - Getaran, 11 Mei 2024

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Semasa 6 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 57 minit yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan