web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Tahan Lelaki Disyaki Muat Naik Ugutan Bunuh Ibu Bapa Selebriti

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2024 8:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan susulan kes ugutan jenayah terhadap ibu dan bapa seorang selebriti, di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di Kemunting, Perak semalam, susulan laporan dibuat oleh penyanyi berusia 26 tahun itu pada 15 Mei, yang menyatakan menerima ugutan daripada individu tidak dikenali di laman sosial.

"Turut dirampas sebuah telefon bimbit. Lelaki berkenaan direman empat hari bermula hari ini dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dalam masa terdekat.

Terdahulu, media melaporkan selebriti berkenaan membuat laporan polis terhadap pengguna akaun media sosial, yang menulis komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Siti Saleha Dinobatkan Sebagai Bintang Asia Terbaik Di Seoul International Drama Awards 2024 

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Fazura Nekad Mahu Bercerai Dengan Fattah Amin

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Fairuz Q-Face Tak Kesal Tinggal Dunia Glamour Kejar Ilmu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia