web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Anggota MALBATT Meninggal Dunia Di Lubnan

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2024 5:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) dari Malaysian Batalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) dilaporkan meninggal dunia di Lubnan, semalam.

Kematian Sarjan Faridah Abd Rahman, 39 disahkan Markas Angkatan Tentera Malaysia (MK ATM) dalam kenyataannya hari ini.

Menurut MK ATM, Faridah yang bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam MALBATT di Kem Marakah, Lubnan meninggal dunia pada 2.25 pagi waktu Lubnan atau 7.25 pagi waktu Malaysia.

“Allahyarhamah telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan MALBATT apabila beliau rebah setelah turun dari bas di Kem Marakah.

“Allahyarhamah pada ketika itu baru pulang ke Lubnan setelah selesai bercuti di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Kata MK ATM, jenazah Faridah  akan dihantar ke Hospital Hammoud, Saida untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Markas Angkatan Bersama (MK AB) yang berperanan menyelaraskan semua keperluan operasi dan misi ATM di luar negara termasuk atur gerak MALBATT 850-11 bagi Misi UNIFIL akan menguruskan proses penghantaran pulang jenazah Allahyarhamah ke Malaysia,” katanya.

Faridah yang berasal dari Pendang, Kedah memasuki perkhidmatan ATM dengan menyertai Tentera Darat sejak 2007 dan ditugaskan di Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Beliau pernah bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam di Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Di Raja (MEKANIZE), Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah sebelum di atur gerak menyertai Misi Malbatt 850-11 UNIFIL.

Allahyarhamah sudah mendirikan rumah tangga serta mempunyai tiga anak perempuan dan seorang anak lelaki berusia antara empat hingga 10 tahun. - Getaran, 19 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Malaysia Tunggu Keputusan PBB Untuk Hantar Tentera Pengaman Ke Palestin

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Konflik Palestin-Israel - Pasukan Malbatt 850-10 Di Lubnan Selamat - Panglima ATM

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tahan 5 Individu, Rampas 2 Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Bukit Kayu Hitam

Semasa 1 hari yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang