web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Uruskan Jenazah Suspek Di Hospital, Kubur Perlu Dijauhkan - Majlis Fatwa Johor

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2024 4:55PM

Kubur suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram yang terletak jauh dari pusara lain - Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jenazah suspek kes serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram, Johor dilarang untuk dibawa ke mana-mana masjid atau surau untuk disempurnakan. 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Johor yang telah bersidang pada 17 Mei lalu dengan dipengerusikan Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad. 

Serentak dengan itu menurut beliau, jenazah suspek perlu dimandi, dikafan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja. 

“Selepas selesai jenazah dimandi, dikafan dan disolatkan, jenazah hendaklah dikebumikan di tanah perkuburan yang telah ditetapkan dan kedudukan kuburnya hendaklah berjauhan sedikit dari liang lahad penghuni kubur yang lain.

“Jawatankuasa Fatwa berpendapat ia sebagai satu peringatan kepada masyarakat agar tidak terlibat atau melakukan perkara yang dilakukan suspek,” katanya.

Mohd Fared Mohd Khalid - Gambar fail
Mohd Fared Mohd Khalid - Gambar fail

Jelas Mohd Fared, ia juga bagi menzahirkan kebencian terhadap apa yang telah dilakukan suspek.

“Ini lebih-lebih lagi (perbuatan suspek) membunuh pegawai yang menjaga keselamatan negara yang tiada melakukan salah dan silap terhadap suspek,” katanya.

Beliau memberi amaran, orang ramai diingatkan supaya tidak terlibat atau bersimpati terhadap suspek, setelah apa yang dilakukan.

“Jawatakuasa Fatwa mohon kerjasama dan bantuan pihak keselamatan terutama polis agar dapat meletakkan anggota di sepanjang kerja-kerja pengurusan jenazah suspek sehingga selesai pengkebumian bagi mengelakkan apa-apa gangguan dan provokasi dari mana-mana pihak,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Fared berkata, Jawatankuada Fatwa Johor mengklasifikasikan kematian dua anggota polis terlibat sebagai kematian Fi Sabilillah iaitu kematian di jalan Allah SWT kerana ia berlaku ketika kedua-dua mereka menjaga dan mempertahankan keselamatan serta kepentingan negara.

“Jawatankuasa Fatwa juga memutuskan bahawa jenazah Allahyarham kedua-dua anggota polis berkenaan sebagai syahid akhirat, yang mana pengurusan jenazah mereka hendaklah disempurnakan dengan melengkapkan empat rukun tahjiz jenazah, iaitu dimandi, dikafan, disolatkan dan dikebumikan.

“Jawatankuasa Fatwa menzahirkan rasa dukacita dan sedih di atas peristiwa yang menimpa terhadap mereka sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kecederaan,” katanya.

Sementara itu media melaporkan, jenazah suspek serangan sudah dikebumi hari ini di Pusara Islam Kampung Sungai Tiram di Batu 19, Kampung Sungai Tiram.

Difahamkan, jenazah suspek tiba di tanah perkuburan pada jam 12.15 tengah hari dan hanya dihadiri beberapa penduduk kampung. 

Turut berada di tanah perkuburan ialah beberapa pegawai dan anggota polis yang memantau keadaan sekitar.

Media juga dinasihatkan tidak menghampiri khemah yang disediakan bagi urusan pengebumian.

Berita Harian yang memetik kenyataan Ketua Kampung Sungai Tiram Muhamad Mohamed Som, 66, melaporkan, penduduk kampung telah dimaklumkan oleh Pejabat Kadi Daerah untuk menjarakkan lokasi kubur suspek dengan pusara lain.

Susulan itu, jenazah suspek dikebumikan di hujung kawasan perkuburan tersebut. - Getaran, 20 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Jangan Lupa Selalu Doakan Papa Ye Dik

2

Semasa 1 tahun yang lalu

JAINJ, Polis Siasat Batu Nisan 'Hilang' Di Pandan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

11 Kubur 'Hilang' Batu Nisan

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Video Muzik Joe Flizzow, 'Satu Malam Di Temasek' Menang Anugerah Antarabangsa

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

oleh Wartawan Getaran

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Semasa 1 jam yang lalu

Pengasas PKR, Syed Husin Ali Meninggal Dunia

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

3 Cedera Helikopter Tentera Mendarat Cemas Di Kluang

oleh Wartawan The Vibes