web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


JAINJ, Polis Siasat Batu Nisan 'Hilang' Di Pandan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 7:10AM

Orang awam diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu yang turut tular di laman Facebook, sejak Jumaat lepas - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan berhubung isu batu nisan yang “hilang” di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau di Taman Istimewa, Pandan, di sini baru-baru ini.

Pengarah JAINJ Jamaludin A Hamid berkata sehubungan itu, orang awam diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara itu yang turut tular di laman Facebook, sejak Jumaat lepas.

"JAINJ mengambil maklum tentang penularan satu tangkap layar yang memaparkan mengenai isu kehilangan batu nisan di tanah perkuburan tersebut sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan waris dan masyarakat. 

"Justeru, kita mencadangkan langkah wajar yang perlu ditambah baik dan diselenggara oleh pengurusan tanah perkuburan berkenaan bagi mencegah kegiatan kecurian ini daripada terus berlaku," katanya menerusi kenyataan semalam.

Semalam, Bernama melaporkan sebanyak 11 batu nisan di tanah perkuburan berkenaan “hilang”, dipercayai dicuri oleh individu tidak bertanggungjawab untuk dijual semula.

Menerusi tinjauan yang dilakukan di tanah perkuburan itu semalam, kebanyakan batu nisan yang dicuri ialah jenis batu sungai yang harganya mencecah lebih RM450 bagi satu set.

Turut hilang batu nisan putih yang dipercayai berharga RM350 satu set di pasaran. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Uruskan Jenazah Suspek Di Hospital, Kubur Perlu Dijauhkan - Majlis Fatwa Johor

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Jangan Lupa Selalu Doakan Papa Ye Dik

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Adik Beradik Antara 155 Pasangan Nikah Pada Hari Malaysia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

11 Kubur 'Hilang' Batu Nisan

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Semasa 40 minit yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Giat Siasat Penyebaran Gambar Didakwa Zayn Rayyan 

Semasa 1 hari yang lalu

Gantung Lesen Agensi Pelancongan Terbabit Kemalangan Di Genting Highlands Jika Perlu - Menteri

oleh Sophia Ahmad