web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Elak Tindakan Undang-Undang, PKR Tangguh Kongres Tahunan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2021 3:08PM

Saifuddin Nasution - Gambar oleh Sairien Nafis

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara tidak mahu parti dikenakan tindakan undang-undang di bawah Ordinan Darurat, Majlis Pimpinan Pusat PKR terpaksa menangguhkan sidang kemuncak kongres tahunan parti hari ini kepada 30 Jun akan datang.

Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira tindakan undang-undang yang bakal dihadapi PKR sekiranya mengingkari arahan penangguhan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu.

Menurut beliau, ia adalah persetujuan yang diiringi protes, memandangkan segala persiapan kongres sudah disusun rapi, dan kebarangkalian untuk tarikh ditetapkan itu berubah lagi selepas ini.

“Dalam surat MKN juga mengatakan bahawa berlangsung atau tidak kongres tahunan PKR sangat bergantung kepada tempoh Sekatan Penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sama ada akan dilanjutkan atau tidak.

“Maknanya, ia masih bersifat ‘open-ended’,” jelas Saifuddin ketika memberi perincian secara atas talian perihal arahan penangguhan kongres yang diterimanya dari MKN semalam.

Saifuddin berkata, beliau keliru dengan arahan MKN itu kerana sebelum ini PKR telah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan MKN untuk mengadakan kongres parti secara maya.

“Garis panduan yang MKN keluarkan telah pun kita sedia maklum iaitu semua persidangan semasa Sekatan Pergerakan Penuh secara atas talian adalah dibenarkan. Rujuk garis panduan yang bertarikh 2 Jun,” katanya.

Bagaimanapun ujar Saifuddin, MKN membuat ketetapan yang berbeza semalam.

“Kongres PKR ini telah diarah tangguh, kemudian diikuti dengan perenggan ini: ‘kegagalan atau ketidakpatuhan terhadap arahan ini boleh membawa kepada tindakan mengikut Ordinan Darurat yang kita sedia maklum amat luas bidang kuasanya.

“Walaupun ada rasa tidak puas hati kerana kita telah membuat persiapan lengkap dan mematuhi semua garis panduan, kita tidak akan dianggap melanggar akta ROS atau perlembagaan parti dengan menangguhkan kongres ini,” katanya.

PKR jelas beliau, akur dengan arahan itu dan percaya, ia memiliki hikmah tersendiri.

Kongres tahunan yang ditunda ini adalah bagi tahun 2020 yang ditangguh 18 bulan kerana pandemik COVID-19 sepanjang tahun lalu. - Getaran, 6 Jun 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Keluarkan Pasport Tempoh Laku Sah 10 Tahun 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Ditangguh, Lebih 100 Dokumen Belum Disahkan

4

Politik 4 bulan yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia