web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tragedi Gunung Denali: Pendaki Malaysia Bertuah Terselamat

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2024 4:30PM

Illaham Ishak masih menerima rawatan di sebuah hospital di Alaska - Gambar The VIbes

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Seorang daripada dua pendaki yang terselamat daripada maut sewaktu menuruni puncak tertinggi di Amerika Utara, Gunung Denali, berkata, beliau bertuah kerana masih bernyawa.

Illaham Ishak, 47, melupakan kesakitan akibat reput fros dialami dan trauma ketika menuruni gunung berkenaan, demi mencari bantuan untuk menyelamatkan dua rakannya yang masih terperangkap waktu itu.

Beliau turut melahirkan rasa sedih kerana bantuan gagal tiba tepat pada waktu kerana faktor cuaca.

Senario itu menyebabkan rakan pendaki, Ir Zulkifli Yusof, 37, terkorban selepas mengalami komplikasi kesihatan serius, termasuk lumpuh pada bahagian kaki akibat reput fros. 

Berkongsi kisah getir itu kepada  Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammed Bakhtiar Wan Chik, Illaham berkata beliau terpaksa meninggalkan Zulkifli dengan seorang pendaki lain, Zainudin Lot, 47, dan berdepan salji tebal serta ribut musim dingin untuk mencari bantuan.

Katanya, beliau nekad untuk terus mencari bantuan walaupun dirinya sendiri dilanda kesakitan akibat reput fros, selain terpaksa berdepan ancaman cuaca yang tidak menentu.

Sementara itu Bakhtiar berkata, kisah getir tersebut diceritakan dengan penuh emosi oleh Illaham, yang masih bersedih atas kematian tragis rakan pendakinya. 

Zulkifli menjadi pendaki gunung Malaysia kedua yang meninggal dunia, hampir setahun selepas pendaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim dari Prai, dilaporkan hilang semasa menuruni Kem Empat, berdekatan puncak Gunung Everest di Himalaya, Nepal.

Zulkifli meninggal dunia Rabu lalu ketika berlindung di dalam sebuah gua di kawasan dikenali sebagai "Football Field" di Gunung Denali di Alaska, Amerika Syarikat.

Mengalami situasi yang hampir serupa dengan Hawari, Zulkifli menghembuskan nafas terakhir dalam suhu teramat sejuk dari ketinggian 6,000 meter dari puncak Gunung Denali.

Hawari, 33, hilang pada 20 Mei tahun lalu, manakala Zulkifli dipercayai meninggal dunia pada 29 Mei akibat komplikasi kesihatan yang timbul susulan ketinggian yang melampau.

Bakhtiar, yang melancarkan ekspedisi Zulkifli bulan lalu, mengesahkan berita itu di media sosial dan turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga.

Kelab Alpine menerusi hantaran di Facebook berkata, Zulkifli meninggal dunia pada 29 Mei semasa berlindung dalam salji.

Punca kematian dipercayai akibat edema serebrum, satu keadaan mengancam nyawa yang berlaku apabila cecair berlebihan berkumpul dalam tisu otak.

Bagaimanapun, punca sebenar kematian akan disahkan melalui bedah siasat, kata Bakhtiar.

Terdahulu, Taman Negara Denali dilaporkan menerima panggilan SOS daripada dua pendaki Malaysia yang memaklumkan mereka tidak dapat turun dari puncak kerana mengalami hipotermia.

Renjer terlatih tidak dapat sampai ke lokasi Zulkifli tepat pada waktunya susulan cuaca buruk yang menyebabkan penglihatan menjadi terhad.

Gunung Denali adalah puncak tertinggi di Amerika Utara, dan kumpulan pendaki Malaysia tersebut mempunyai banyak pengalaman mendaki puncak di seluruh dunia.

Jurucakap Taman Negara Denali berkata, pendaki kedua, Zainudin, telah diselamatkan semalam dan sedang menerima rawatan di hospital lain di Talkeetna, Alaska.

“Keadaannya stabil, tetapi beliau mengalami reput fros pada kedua-dua tangannya,” katanya.

Illaham pula diselamatkan pada Selasa lalu, dari ketinggian 17,200 kaki, pada hari operasi penyelamatan di altitud tinggi bermula.

Mereka sebelum ini berjaya menakluk Gunung Kilimanjaro (5,895 meter) pada tahun 2009, Gunung Elbrus (5,642 meter) di Rusia, Gunung Everest (8,848 meter) di Nepal, Gunung Aconcagua (6,961 meter) di Argentina, dan Gunung Cartenz Pyramid (4,884 meter) di Indonesia.

Baki puncak yang masih ada ialah Gunung Denali (6,194 meter) di Alaska dan Gunung Vinson Massif (4,892 meter) di Antartika, Kutub Selatan.

Zulkifli berasal dari Kuala Lumpur, dianggap oleh kelab sebagai pendaki profesional.

Beliau bekerja sebagai jurutera gas. – The Vibes, 2 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Jenazah Pendaki Gunung Denali Tiba Di Tanah Air

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Misi Gunung Denali: Seorang Pendaki Disahkan Maut

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

Mesyuarat SPR Berlangsung, Bincang Urusan PRK Nenggiri

Semasa 1 hari yang lalu

3.45 Juta Ahli KWSP Pindah RM10.86 Bilion Ke Akaun 3 – MOF

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Politik 19 jam yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

Semasa 1 hari yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

oleh Rafisqi Radhi