web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Misi Gunung Denali: Seorang Pendaki Disahkan Maut

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Jun 2024 12:54PM

Allahyarham Ir Zulkifli Yusof - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang daripada dua pendaki Malaysia yang terkandas di Gunung Denali, Alaska disahkan telah meninggal dunia.

Jurucakap Kelab Jelajah Alpine Malaysia (KJAM) berkata, Ir Zulkifli Yusof menghembuskan nafas terakhir pada jam 6 pagi (waktu tempatan), 29 Mei lalu. 

Menurut beliau, Allahyarham pada waktu itu sedang berlindung di sebuah kawasan dikenali sebagai Football Field yang terletak pada ketinggian 6,004 meter dari aras laut.

“Punca kematian Allahyarham disyaki akibat High Altitud Cerebral Edema dan Hyporthermia, tetapi ia hanya boleh disahkan melalui bedah siasat,” katanya.

Jelas jurucakap itu, seorang lagi pendaki, Zainudin Lot berjaya diselamatkan pada jam 6 pagi semalam (waktu tempatan) dan kini sedang dirawat di hospital di Talkeetna, Alaska.  

“Keadaan beliau dilaporkan stabil dan mengalami reput fros di kedua belah tangan,” katanya.

Zainudin dan Allahyarham Zulkifli sebelum ini terkandas di Gunung Denali, Alaska iaitu gunung tertinggi di benua Amerika Utara, sejak Selasa lepas.

Mereka adalah sebahagian daripada peserta Misi Ekspedisi Madani  7 Puncak Tertinggi di 7 Benua yang bermula 12 Mei hingga 15 Jun. 

Difahamkan, beberapa cubaan telah dibuat sebelum ini untuk menyelamatkan kedua mereka namun terhalang oleh kabus tebal dan angin kencang.

Jurucakap KJAM memberitahu, jenazah Allahyarham Zulkifli masih berada di tempat kejadian dan proses mengeluarkan jenazah mungkin mengambil masa  atas faktor cuaca.

“Pihak konsulat Malaysia di Los Angeles telah dimaklumkan dan mereka akan membantu mangsa untuk proses seterusnya. 

“Pihak keluarga juga telah dimaklumkan dan kami ingin mengucapkan takziah dan mohon rakyat Malaysia mendoakan semua mangsa terlibat,” katanya.

Getaran semalam melaporkan, seorang daripada tiga pendaki Malaysia yang berjaya sampai ke puncak Gunung Denali diselamatkan selepas terperangkap akibat cuaca buruk ketika melakukan pendakian turun pada Selasa. 

Muhammad Illaham Ishak, 47, kini dirawat di hospital di Anchorage, Alaska dan serta turut mengalami reput fros pada bahagian tangan dan kaki. - Getaran, 1 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Jenazah Pendaki Gunung Denali Tiba Di Tanah Air

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Tragedi Gunung Denali: Pendaki Malaysia Bertuah Terselamat

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki