web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Juruteknik Dihukum Penjara, Denda Kerana Curi Motor,  Langgar Polis

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2024 8:35PM

Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini - Gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang lelaki yang melanggar anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) minggu lalu, dihukum penjara selama 28 bulan oleh Mahkamah Majistret Alor Setar hari ini setelah mengaku bersalah memiliki motosikal curi.

Tertuduh, Mohd. Fikhri Amar @ Omar, 32, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di depan Majistret, Siti Norhidayah Mohd. Noor.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai juruteknik pendingin hawa didakwa mencuri sebuah motosikal jenis Honda Wave 125 di Kampung Telaga Bata dekat sini kira-kira jam 2.20 pagi, 6 Jun lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu di mahkamah sama, Mohd. Fikhri turut dituduh bagi dua pertuduhan lain iaitu menyebabkan kecederaan terhadap seorang anggota polis serta menghalang penjawat awam itu daripada melaksanakan tugas.

Tertuduh kemudiannya turut mengaku bersalah menyebabkannya didenda sebanyak RM1,000 dan RM3,000, bagi kedua-dua pertuduhan dihadapinya di bawah Seksyen 337 Kanun Keseksaan dan 186 Kanun Keseksaan itu.

Kedua-dua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Jalan Mini Tar Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Kampung Telaga Bata dekat sini, kira-kira jam 3 pagi 6 Jun lalu.

Kesemua pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha manakala tertuduh diwakili peguam, Khatijah Zaharah Khairulnisak Mohd. Noor dari Yayasan Guaman Bantuan Kebangsaan (YGBK).

Terdahulu, tertuduh turut mengaku bersalah terhadap satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen kerana didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah kepada seorang lelaki berusia 23 tahun, menggunakan topi keledar.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 9.30 malam, 5 Jun lalu di depan sebuah rumah dekat Batu 4 Setengah, Teluk Kechai dekat Kuala Kedah.

Hakim Jean Sharmila Jesudason bagaimanapun menangguhkan hukuman terhadap tertuduh sementara menanti laporan perubatan mangsa.

Mahkamah menetapkan 14 Julai depan bagi tarikh sebutan semula kes dengan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, didenda atau disebat.

Pertuduhan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Ruslan Usman manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Getaran, 13 Jun 2024.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi