web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ada Orang Gelar Saya Iblis - Sanusi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 3:53PM

Muhammad Sanusi Md. Nor (kanan) meninjau kemudahan di PKRC Dewan Al-Farabi, Alor Setar yang akan dibuka esok.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Ada individu tertentu didakwa menggelar Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor sebagai 'iblis' ekoran kontroversi yang melanda baru-baru ini.

Mendedahkan perkara itu beliau berkata,  gelaran tersebut dilemparkan individu berkenaan kerana mendakwa Sanusi menyalahgunakan kenderaan Toyota Vellfire milik Syarikat Air Darul Aman (SADA), yang pernah dipertikaikan pembeliannya oleh pihak tertentu sebelum ini.

Begitu pun katanya,  tidak ada salahnya beliau menggunakan kenderaan berkenaan, sesuai dengan peranannya selaku Pengerusi SADA.

"Saya ingatkan isu Vellfire ini dah selesai tetapi ada pula yang gelar saya iblis sebab guna kenderaan SADA. Saya fikir, tak patutlah ibliskan orang dalam situasi begini.

"Apabila menjadi Ahli Lembaga Pengarah atau pengerusi, kenderaan itu memang boleh digunakan tetapi ada pihak seolah-olah menampakkan saya buat salah hingga memanggil saya iblis. Ini tidak membantu sama sekali dan melampau," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Dewan Al-Farabi,  Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah di sini, hari ini.

Sabtu lalu, seorang pengguna Facebook memuat naik hantaran dan beberapa keping gambar yang mendakwa beberapa individu termasuk Muhammad Sanusi, melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan memandu uji sebuah kenderaan di pusat jualan dan pameran Autocity Juru, Pulau Pinang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Gambar Toyota Vellfire yang tertera label 'Menteri Besar Kedah' digunakan Muhammad Sanusi pada hari tersebut, merupakan antara yang dimuat naik pengguna Facebook itu sekali gus menimbulkan polemik di kalangan netizen.  

Sementara itu Muhammad Sanusi berkata, beliau akan memberi keterangan kepada polis petang ini, berhubung apa yang berlaku.

Pada masa sama katanya, beliau turut bersedia berdepan segala kemungkinan sekiranya didapati bersalah dalam hal itu.

"Saya cuma menyapa peniaga tersebut ketika melihat beliau sedang menyusun kenderaan sambil menunggu pemandu saya membeli makanan, antaranya roti dan minuman di kedai serbaneka berhampiran.

"Saya tidak membuat sebarang pandu uji malah tidak langsung mengambil nombor telefon penjual kenderaan terbabit. Cumanya penjual kenderaan itu melayan saya dan dia seorang yang cukup baik walaupun pada mulanya tidak perasan bahawa saya seorang Menteri Besar," katanya.

Tambahnya, setelah beberapa ketika bersembang mengenai kereta itu, beliau meminta kebenaran untuk melihat ruang dalaman sebelum duduk di kerusi penumpang manakala pengiring rapatnya yang merupakan seorang anggota polis berpangkat sarjan, duduk di belakang sebagai sebahagian daripada prosedur keselamatan.

"Saya tak pandu pun kenderaan itu sebaliknya jurujual itu saja yang berbuat demikian. Cumanya apabila kami melihat kenderaan kedua, ada seorang individu tiba-tiba menjerit ke arah jurujual tersebut dan mempersoalkan sama ada dia membuka pusat jualan berkenaan.

"Melihatkan keadaan menjadi semakin panas, pengawal pengiring meminta saya masuk ke dalam kenderaan kami semula untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur," katanya.  

Katanya, beliau berharap jurujual berkenaan yang hanya dikenali sebagai Ong tidak dikecam oleh netizen atau diambil tindakan oleh majikannya.

"Ong seorang yang baik dan bersopan-santun dalam melayan pelanggannya. Saya berharap dia tidak diberhentikan atau diambil apa-apa tindakan lain atas apa yang berlaku.

"Segala yang berlaku terjadi disebabkan sapaan saya terhadapnya. Jika dia dikompaun atas apa yang berlaku, saya akan membayar kompaun itu bagi pihaknya," katanya. - Getaran, 7 Jun 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah