web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Lepaskan Guru, Pelajar Kami! Cukuplah Mereka Ditindas’ - Borneo Komrad

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2024 11:26AM

Syahfeeq Rondin masih ditahan bersama lapan pelajarnya - Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa digesa segera membebaskan seorang guru dan lapan pelajar Sekolah Alternatif di Sabah yang ditahan kerana masalah dokumen.

Wakil Borneo Komrad, Mukmin Nantang menerusi ciapan di X berkata, guru dikenali sebagai Syahfeeq Rondin itu ditahan sekitar jam 5.10 petang, 14 Jun lalu.

Menurut beliau, Syahfeeq ketika itu sedang dalam perjalanan untuk membawa kumpulan pelajar terbabit bersiar-siar di Kota Kinabalu.

“Cikgu Syahfeeq mengambil tanggungjawab dan risiko ini demi untuk memberi hak kepada kanak-kanak yang terpinggir untuk hidup bebas menuntut ilmu dan bergerak seperti anak-anak lain. Sejak bertahun-tahun, inilah juga risiko yang harus ditelan oleh guru-guru yang telus mahu memperjuangankan anak-anak ini.

“Pelajar yang ditahan adalah anak yang lahir di Sabah dan mendapat pendidikan di Sekolah Alternatif seawal tahun 2017. Mereka menunjukkan bukti dokumen seperti kad surat lepa (Bajau Laut), kad klinik, surat JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) surat pengesahan ketua kampung dan kad pelajar,” katanya.

Syahfeeq Rondin (kanan) bersama seorang daripada pelajar Sekolah Alternatif - Gambar X
Syahfeeq Rondin (kanan) bersama seorang daripada pelajar Sekolah Alternatif - Gambar X

Jelas Mukmin, guru dan pelajar berkenaan sedang menjalankan Jelajah Universiti Alternatif dan Kesatuan Stateless.

“Mereka sedang giat mengusahakan pendidikan pengajian tinggi untuk anak-anak 'stateless' yang akan dibuka pada 8 Julai ini. Ini adalah harapan baru untuk anak-anak stateless. 

“Aktiviti jelajah adalah melawat pusat pendidikan alternatif, bertemu dengan badan2 yg membantu pendidikan anak stateless, melawat universiti, ikuti aktiviti mahasiswa seperti @sm_ums dan membentangkan idea-idea untuk membangunkan Universiti Alternatif dan Kesatuan Stateless,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, Universiti Alternatif adalah usaha untuk menyediakan peluang pendidikan dan pembelajaran pengajian di peringkat lebih tinggi.

“Anak-anak yang telah meningkat remaja, umur 16 tahun ke 20 tahun, mereka masih berkeinginan untuk terus belajar dan menerokai ilmu yang lebih dalam.

Antara aktiviti dijalankan di Sekolah Alternatif - Gambar X
Antara aktiviti dijalankan di Sekolah Alternatif - Gambar X

“Pelajar-pelajar mahu mendapat hak sama seperti manusia lain untuk terus mendapat pendidikan bagi memperbaiki kehidupan mereka yang miskin,” katanya.

Kesatuan Stateless pula tambah beliau, adalah usaha dari pelajar untuk mengumpulkan anak-anak stateless dalam satu organisasi.

“Ratusan ribu kanak-kanak yang menghadapi hidup yang sulit kerana tidak mempunyai status kewarganegaraan. Mereka tidak minta untuk lahir seperti ini. Mereka mahu mencari jalan keluar kepada masalah masyarakat mereka yang selama ini dipinggirkan.

“Jalan keluar kepada hal ini adalah ketika mereka percaya anak-anak stateless yang telah mendapat pendidikan harus terus berbakti dan berjuang untuk hak kehidupan masyarakat mereka sebagai manusia.

“Setahun lamanya kami mempersiapkan jelajah ini untuk membuka Universiti Alternatif. Banyak perbincangan yang telah dilakukan bersama pelajar termasuk kebenaran ibu bapa. Risikonya memang sangat besar, tapi sampai bila hal anak-anak dan masyarakat ini perlu dilayan begini rupa?

“Anak-anak berani untuk keluar dari komuniti mereka sangat sedar akan risiko ini tapi jiwa mereka yg merdeka telah memadamkan ketakutan.

"Bagi mereka takut atau tidak, keluar atau tidak, sampai masanya mereka tetap akan ditangkap kerana dituduh sebagai manusia tiada warganegara. Apa pilihan yang mereka ada,” katanya, kesal.

Syahfeeq Rondin (bawah, kanan) bersama antara pelajar Sekolah Alternatif - Gambar X
Syahfeeq Rondin (bawah, kanan) bersama antara pelajar Sekolah Alternatif - Gambar X

Tegas Mukmin, golongan terbabit sedari kecil melihat ibu, bapa, keluar, jiran, kawan-kawan mereka ditangkap dan hidup dalam ketakutan setiap hari.

“Pendidikan telah membawa mereka untuk berani menempuh hidup yang maha sulit ini. Saya Mukmin Nantang, saya mengambil tanggungjawab ini sepenuhnya.

“Saya bersama kawan-kawan mahasiswa yang mengusahkan pendidikan pendidikan untuk anak-anak terpinggir sejak tahun 2015 yang lalu. Saya tahu perjuangan ini dari awal penuh dengan risiko.

“Saya akan terus berusaha untuk membebaskan guru dan pelajar kami. Saya dan organisa akan menjaga kebajikan keluarga guru dan pelajar yang ditahan,” katanya.

Beliau memberitahu, pihaknya juga sudah melantik peguam untuk menguruskan isu ini dan mencari jalan terbaik untuk membebaskan guru dan pelajar mereka.

“Seorang guru bernama Syahfeeq Rondin adalah mewakili warganegara Malaysia yang perihatin terhadap isu masyarakat terpinggir di Sabah

Syahfeeq adalah 'Guru Manusia' dan perjuangan keadilan. Tidak keterlaluan jika saya sebutkan Syahfeeq adalah hero kita semua.

Lapan pelajar ini mewakili ratusan ribu kanak-kanak yg terpinggir dan tertindas di tanah air.

“Mereka sanggup mendepani risiko ini demi menghantar mesej kepada Malaysia dan dunia utk #PandangKeSabah dan melihat isu yang maha kejam ini berlaku kpd mereka sejak Malaysia dibentuk.

"Di mana keadilan utk masyarakat mereka? Ini bukan tentang tangkapan hari ini, ini tentang tangkap dan penindasan masyarakat mereka hari-hari.

“Saya menuntut keadilan utk guru dan pelajar saya. Mereka bukan penjenayah. Mereka manusia merdeka yg mahu hidup sama seperti manusia lain,” katanya. - Getaran, 16 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Menteri Pendidikan Perlu Turun Padang, Lihat Sendiri Sekolah Kawasan Pedalaman

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

Sukan 10 jam yang lalu

Selangor FC Didenda RM100,000, Potong 3 Mata Kerana 'Tarik Diri' Perlawanan Sumbangsih

Semasa 1 hari yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 21 jam yang lalu

‘Nak Serang Saya? Silakan, Tapi Jangan Sentuh MOTAC’ - King Sing

oleh Sophia Ahmad