web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menteri Pendidikan Perlu Turun Padang, Lihat Sendiri Sekolah Kawasan Pedalaman

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2023 8:10AM

Antara pelajar sekolah daif di kawasan pedalaman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek perlu turun padang untuk meninjau sendiri keadaan sekolah daif di kawasan pedalaman.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kegagalan turun padang untuk melihat sendiri kedaifan sekolah di kawasan pedalaman adalah antara kelemahan yang sering dilakukan oleh mana-mana Menteri Pendidikan.

Menurut beliau, ia membabitkan sekolah kategori dua dan tiga di Sabah serta Sarawak.

“Perbezaan sekolah luar bandar dengan pedalaman seperti bumi dengan langit.

“Besar perbezaannya terutamanya air bersih, elektrik, asrama desa, blok sekolah, rumah guru, internet dan kekurangan guru,” katanya.

Mohd Puad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit berkata, Fadhlina bagaimanapun perlu menginap di penempatan penduduk kampung termasuk rumah panjang, jika mahu meninjau kawasan pedalaman.

“Ini kerana guna bot ke pedalaman ambil masa lama.

“Tidak pasti (Datuk Seri) Radzi Jidin sudah sampai (atau tidak) ke sekolah pedalaman P3 SK Balar Gua Musang Kelantan. Itu negerinya sendiri,” katanya, sinis.

Antara pangkin kayu yang digunakan sebagai tempat tidur murid.
Antara pangkin kayu yang digunakan sebagai tempat tidur murid.

Jelas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)  UMNO itu, Kementerian Pendidikan (KPM) menerima peruntukan terbesar pada pembentangan Belanjawan 2024 iaitu RM58.7 bilion.

“Itu komitmen besar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Isunya fokus kepada sekolah pedalaman dalam semua segi. Mesti ada target hapus semua sekokah pedalaman P1, P2 dan P3.

“Saya tidak pasti apa jadi dengan program ‘Transformasi Sekolah Pedalaman’ yang pernah dilancar di Beluran, Sabah dulu. Sudah mati?” soalnya.

Mohd Puad menarik perhatian, beliau pernah berjumpa asrama desa yang hanya menyediakan pangkin kayu sebagai katil pelajar.

“Bilik darjah tidak ada dinding pemisah dengan bilik darjah lain. Rumah guru daif dan air tube well yang bau busuk.

“Menteri kena fokus kepada sekolah pedalaman untuk meratakan ‘level playing field’ bidang pendidikan. Pastikan tidak wujud lagi sekolah blok kayu di pedalaman,” katanya.

Tegas beliau, menteri perlu terlebih dahulu memulakan lawatan ke sekolah pedalaman walaupun terpaksa berjalan kaki. 

Ada Pegawai Pendidikan Daerah dakwanya, malas turun ke bawah dan tidak tahu apa masalah yang sedang berlaku atau dihadapi sekolah di kawasan pedalaman.

“Pernah terjadi KPM pulangkan duit RM800 juta yang tidak dibelanja kepada Perbendaharaan. Bila Guru Besar minta peruntukan dijawab tidak ada duit. Tetapi pulang duit RM800 juta.

“Semoga Fadhlina buat transformasi menyeluruh termasuk membetulkan budaya kerja  pegawai pendidikan di PPD, negeri dan Bahagian Pembangunan dalam isu sekolah pedalaman,” katanya. - Getaran, 18 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Lepaskan Guru, Pelajar Kami! Cukuplah Mereka Ditindas’ - Borneo Komrad

2

Pendidikan 3 bulan yang lalu

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

3

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Kementerian Pendidikan Galakan Murid, Pelajar Lawat Tapak Warisan UNESCO

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Banjir: SPM 2023 Berlangsung Seperti Dijadualkan

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Palsukan Surat Tukar Hak Milik Kereta Guna Jata Tubuh Sultan Kelantan

Semasa 1 hari yang lalu

Pengasas Bersama G25 Noor Farida Meninggal Dunia

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 18 jam yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kastam Tertembak Diri Sendiri Ketika Mahu Cuba Pistol Rakan