web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19, PKOB Tawau Buka 2 Lagi PPV

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2021 10:46AM

Tawau dijangka buka 2 lagi PPV dalam usaha mempercepatkan program pemberian vaksin COVID-19 di kalangan penduduk.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU- Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Tawau dijangka membuka dua lagi pusat pemberian vaksin (PPV) di sini, sebagai usaha mewujudkan imuniti kelompok di kalangan masyarakat setempat.

Pengerusinya Arnold Joibi berkata, dua lokasi baharu yang sudah dikenal pasti adalah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Balung dan Dewan Datuk Seri Najib, Merotai.

"Dua lokasi baharu itu sedang dalam proses pewartaan dan saya berharap ia dapat dilakukan segera bagi membolehkan lebih ramai penduduk di daerah ini menerima vaksin.

"Pemilihan lokasi yang terletak di luar bandar itu turut dibuat bagi membolehkan capaian penduduk lebih meluas membabitkan kawasan terpencil, sekali gus mengurangkan halangan mereka untuk turun ke bandar bagi menghadiri temu janji vaksinasi," katanya kepada media, di sini, semalam.

Terdahulu, tiga lokasi di daerah ini sudah diwartakan sebagai PPV iaitu Dewan Masyarakat Tawau, Hospital Besar Tawau dan Klinik Kesihatan Tawau Jenis II.

Menurut Arnold, dengan tambahan dua PPV baharu itu, dijangka 2,000 orang boleh menerima vaksin COVID-19 dalam masa sehari berbanding 500 orang ketika ini.

"Secara keseluruhan seramai 11,000 penduduk di daerah ini sudah menerima vaksin daripada 50,000 yang berdaftar.

"Bagaimanapun, jumlah itu masih terlalu rendah jika dibandingkan dengan bilangan penduduk Tawau yang berjumlah 441,000 orang," katanya.

Arnold berkata, pembukaan lebih banyak PPV itu diharapkan dapat mempercepatkan usaha kerajaan membentuk kelompok imuniti COVID-19 di sini.

"Dalam masa sama, saya menyeru orang ramai untuk segera mendaftar vaksinasi kerana jumlah vaksin yang akan dibekalkan di satu-satu kawasan bergantung kepada jumlah permohonan diterima,” katanya. – Getaran, 8 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia