web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ibarat Peluang Kedua, Vinod Sekhar Ikrar Beri Yang Terbaik

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Jul 2024 12:12PM

Vinod Sekhar bersama doktor sebelum pemindahan jantung di Hospital Apollo di Chennai, India.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ahli perniagaan Datuk Dr Vinod Sekhar berikrar untuk melakukan yang lebih baik dalam kehidupan berikutan kejayaan prosedur pemindahan jantung baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai peluang kedua.

Hanya selepas percubaan ketujuh di Hospital Apollo di Chennai, India, hartawan itu menerima jantung bersesuaian daripada penderma sepadan iaitu seorang pemandu kereta pelancong yang maut dalam kemalangan.

Berkongsi situasi hidup dan matinya, Vinod berkata beliau mengalami kesakitan ketika dalam penerbangan dari Chennai ke Kuala Lumpur pada Januari tahun lalu. 

Penerbangan itu terpaksa berpatah balik ke Chennai, dan Vinod telah dikejarkan ke unit rawatan rapi di mana pakar kardiologi memaklumkan bahawa beliau memerlukan pemindahan jantung. Namanya diletakkan dalam senarai menunggu untuk penderma organ di bawah undang-undang India.

Kebolehan jantung ahli perniagaan itu mengepam darah atau ejection fraction (EF) berada pada paras 18 peratus - 20 peratus.

Sepanjang sembilan bulan selepas insiden itu, enam percubaan melalui kegagalan kerana Vinod mempunyai sistem imun yang kuat yang menjadikannya lebih sukar untuk mencari penderma sepadan. Sejurus sebelum percubaan ketujuh, bacaan EF jantung beliau menjunam ke paras 10 peratus. 

Kini dengan sokongan padu serta doa keluarga dan rakan-rakannya, bacaan EF jantung baharunya berada pada 76 peratus. 

Walaupun masih masih memerlukan pemantauan, Vinod telah kembali ke Malaysia untuk menguruskan perniagaannya, Petra Group.

Petra Group memiliki Petra News Sdn Bhd yang mengendalikan tiga portal berita - themalaysianinsight.com, thevibes.com dan getaran.my.

Vinod sebelum ini berehat selama hampir 18 bulan.

Prosedur pemindahan jantung Vinod diketuai pakar terkemuka India yang juga pakar bedah pemindahan jantung dan paru-paru terkemuka dunia - Dr Paul Ramesh Thangaraj dan Dr Madhan Kumar. Mereka ini juga adalah doktor peribadi Vinod sejak jantungnya didapati lemah.

Prosedur yang dijalankan di Chennai itu mengambil masa kira-kira 10 jam.

Menerusi siaran media sosial dan perbualan bersama keluarga, rakan dan kakitangan, Vinod menceritakan bahawa proses yang sedang beliau lalui adalah di luar jangkaan.

“Kesakitan yang berkait dengan pembedahan berkurangan dengan ketara. Saya bertambah baik dari hari ke hari. Masih dalam dos ubat yang kuat (steroid, imunosupresan, dan lain-lain), yang tidak menyenangkan, tetapi mereka (doktor) akan mengurangkannya dalam beberapa bulan akan datang," katanya.

Vinod juga memaklumkan beliau berjaya mendapatkan maklumat mengenai latar belakang pendermanya.

Katanya, pendermanya itu seorang bapa tunggal kepada empat anak (berumur 9-16 tahun), tiga perempuan dan seorang lelaki. Lelaki itu bekerja sebagai pemandu kereta pelancong dan bekerja keras untuk menjaga keluarganya.

“Saya dimaklumkan bahawa dia adalah lelaki yang baik,” kata Vinod.

Isteri lelaki yang menderma jantung itu meninggal dunia sembilan tahun lalu.

“Kematiannya telah memberi saya peluang untuk hidup. Dan ini adalah sesuatu yang sukar bagi saya.

“Apabila kami bertanya tentang anak-anaknya, kami diberitahu bahawa tiada sesiapa yang mampu untuk menyara mereka dan mungkin adik-beradik itu terpaksa dipisahkan, dengan yang bongsu akan ditempatkan di rumah kebajikan kerajaan.

“Makcik mereka mahu membela adik beradik itu tetapi malangnya, dia tidak mampu berbuat demikian,” katanya.

Susulan itu, Vinod dan insterinya, Winy Yeap memutuskan untuk menubuhkan tabung amanah dan menyediakan dana yang mencukupi untuk ibu saudara adik-beradik itu menjaga mereka berempat.

“Dana itu untuk digunakan sehingga mereka boleh menamatkan pengajian. Saya tahu ia tidak mencukupi berbanding apa yang telah mereka lalui. Tetapi mereka akan tahu bahawa jantung bapa mereka masih di sini (dalam badan saya) untuk menjaga mereka.

“Satu-satunya permintaan mereka ialah gambar saya dan mereka mahu berjumpa dengan saya apabila saya sudah bersedia. Mereka mahukan gambar itu supaya mereka tahu di mana sebahagian daripada bapa mereka berada. Dan siapakah yang telah bapa mereka selamatkan.

“Saya sudah pasti tidak akan mensia-siakan peluang kedua ini,” tambah Vinod. – Getaran, 14 Julai, 2024

Foto: The Vibes

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

AirAsia Teruskan Penerbangan Ke Chennai, Tiada Pembatalan Setakat Ini

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Taufan Michaung: Malaysia Airlines Batalkan Penerbangan Pergi Dan Balik Chennai

3

Kolum 1 tahun yang lalu

Saya Cintakan Malaysia Dan Sanggup Mati Kerananya - Vinod Sekhar

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Sedih Rakan Lama Sakit, Afdlin Doakan Vinod Segera Sembuh

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi