web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Dahulu Meriam Kecil Jadi Hantaran Perkahwinan Di Borneo

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2024 9:40AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lela atau rentaka, sejenis meriam ringan, mudah alih dan lebih kecil daripada meriam biasa, digunakan secara meluas di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, Borneo, Sumatera dan bahagian lain di rantau Nusantara bermula abad ke-16.

Menurut penggemar sejarah tempatan, Alex Teoh, meriam berukuran sekitar 10 - 60 sentimeter panjang ini digunakan untuk tembakan jarak dekat, dan sangat berharga sebelum penaklukan Jepun semasa Perang Dunia II.

Bersaiz kecil dan ringan, meriam jenis ini dipasang dengan mudah pada belebas kapal, diletakkan di kubu pertahanan serta boleh dibawa dari satu tempat ke satu tempat oleh tentera darat.

Menariknya, senjata api yang diperbuat daripada tembaga, loyang atau besi ini juga bernilai tinggi dan sering digunakan sebagai mata wang dalam perdagangan tukar barang (barter).

Dalam satu forum bertajuk “The Might of the Miniature Cannon" di Muzium Budaya Borneo di Kuching baru-baru ini, Alex berkata meriam kecil ini sangat berharga sehingga turut dijadikan sebagai hantaran perkahwinan, malah menjadi simbol status dalam kalangan golongan kaya semasa pemerintahan keluarga Brooke di Sarawak.

Dalam budaya Melayu, ia merupakan lambang kewibawaan dan sering dipersembahkan sebagai hadiah atau digunakan dalam istiadat diraja. Semasa pemerintahan Brooke, meriam-meriam ini diterima sebagai bayaran denda bagi kesalahan jenayah atau kerana melanggar adat tertentu. Menurut Teoh, nilainya pada masa itu ditentukan berdasarkan kerumitan reka bentuk.

Di Borneo, senjata api ini sering dihiasi dengan ukiran corak bunga atau haiwan seperti kerbau dan buaya.

Meriam kecil ini semakin kurang digunakan sebagai mata wang semasa penjajahan Jepun. Dipercayai banyak diambil oleh tentera Jepun, senjata api itu dipulihara dan dipamerkan di muzium seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura selain di istana-istana, beberapa hotel, bangunan rasmi serta dijadikan koleksi peribadi.

Teoh merupakan pemulihara manuskrip, buku, album foto, peta antik dan buku antik. Beliau memberi tumpuan kepada budaya di Asia Tenggara dan mempunyai minat yang mendalam terhadap dokumentari mengenai warisan Borneo. – Getaran, 14 Ogos, 2024


 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 10 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS

Semasa 23 jam yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan