web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahli Politik Raba Peserta Unduk Ngadau, Pekerja Beri Keterangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 3:21PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU- Kes seorang ahli politik yang didakwa meraba peserta Unduk Ngadau terus menjadi perbualan hangat di media sosial apabila seorang pekerja suspek turut membuat pengakuan terbuka mengenai perkara tersebut.

Terdahulu, lelaki warga Australia itu yang memiliki lebih 33,000 pengikut di Instagram dan terkenal kerana mampu bertutur loghat tempatan itu, memuat naik kenyataan rasmi di laman sosial miliknya, semalam, mengenai penglibatan bersama suspek dan program penerbitan Unduk Ngadau Borderless Kaamatan 2021.

"Saya ditugaskan majikan (suspek) untuk menyediakan rakaman video dan gambar peserta pertandingan Unduk Ngadau 2021.

"Pada 19 Mei lalu, sekitar jam 3 petang, dia secara tiba-tiba mengarahkan kami melakukan penggambaran khas foto dan video seorang peserta (mangsa) yang ditaja secara peribadi oleh dirinya sendiri,” kata lelaki itu.

Menurut pekerja berkenaan, mereka diarahkan menyediakan kandungan (content) untuk peserta itu bagi membantunya dalam pertandingan Unduk Ngadau 2021.

Katanya, dia turut melihat suspek bertindak meletakkan tangannya di beberapa bahagian badan mangsa tanpa persetujuan, sambil mengeluarkan perkataan berbaur lucah dan menjengkelkan.

"Dia (majikan) juga pernah berkongsi mengenai aktiviti seks dengan beberapa gadis di hotel dan turut menawarkan kepada saya (seks dengan wanita) selepas pertandingan Unduk Ngadau.

"Malah sepanjang penggambaran Unduk Ngadau di studio Asia City dan Magellan Sutera Harbour Resort, suspek berulang kali mengeluarkan perkataan lucah mengenai tubuh badan peserta," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah memanggil lelaki berusia 33 tahun itu bagi membantu siasatan, semalam.

Beliau menarik perhatian, pihaknya juga sudah melengkapkan kertas siasatan kes itu dan diserahkan kepada pendakwa raya bagi tindakan lanjut.

"Kami sudah memanggil 12 individu untuk merakam keterangan mereka, termasuk pengadu dan pekerja suspek itu.

"Polis turut menyiasat ahli politik tersebut mengenai dakwaan menahan pasport anak guam yang diberikan kepadanya untuk pengurusan pas kerja," katanya. 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menyerang atau menggunakan kekerasan terhadap seseorang dengan niat.

Getaran difahamkan, pekerja berkenaan tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di Kepayan, pagi semalam, bersama peguamnya Mohd Syazwan Shah.

Mohd Syazwan berkata, anak guamnya memberi keterangan selama 40 minit berkaitan salah laku seksual majikannya.

Getaran minggu lalu melaporkan, seorang ahli politik ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan serangan seksual terhadap seorang peserta Unduk Ngadau pada 19 Mei lalu.

Mangsa mendakwa diraba beberapa kali oleh suspek ketika mereka sedang dalam perjalanan untuk makan malam.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis pada 21 Mei lalu yang membawa kepada penahanan suspek. – Getaran, 9 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia