web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Amirudin Akui Total Lockdown Longgar, Cadang Guna Kaedah PKP 1.0

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2021 5:10PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pelaksanaan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau total lockdown sejak 1 Jun lalu diakui lebih longgar berbanding yang pernah dilakukan kerajaan sebelum ini.

Mengakui hakikat itu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sememangnya sekatan penuh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0) ini jauh berbeza dengan apa yang pernah dilaksanakan pada PKP 1.0 Mac tahun lalu.

Beliau berkata, keputusan berkenaan bagaimanapun memiliki rasionalnya yang tersendiri, selepas mengambil kira dan menghalusi pelbagai aspek utama.

“Saya akui, total lockdown kali ini jauh berbeza berbanding dengan PKP 1.0, tetapi kami telah melakukan perbincangan mengenai hal itu.

“Dalam keadaan sekarang, Malaysia masih belum mempunyai kemampuan untuk melaksanakan total lockdown seperti negara luar yang menutup semua sektor sosial atau ekonomi,” katanya dalam sidang media program Interaksi Media Pakej Kita Selangor 2.0 di sini hari ini.

Pelaksanaan sekatan penuh secara keseluruhan jelas beliau lagi, akan memberi impak besar kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Mengulas lanjut Amirudin berkata, memutuskan perkara seumpama itu bukan sesuatu yang mudah kerana ia melibatkan semua pihak berwajib, termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita juga tidak mempunyai keanggotaan yang cukup untuk mengawal semua keadaan bagi memastikan ia berjalan lancar,” katanya.

Beliau bagaimanapun menyarankan kerajaan mengguna pakai semula pendekatan yang pernah digunakan ketika PKP 1.0, apabila bertegas hanya membenarkan operasi sektor ekonomi penting.

“Saya melihat itu adalah kaedah paling maksimum boleh diguna pakai bagi membendung peningkatan kes COVID-19 dan ia terbukti berkesan, apabila kadar jangkitan menurun kepada hanya satu angka,” katanya.

Getaran dalam satu tinjauan di ibu negara mendapati, pelaksanaan sekatan penuh yang tidak menyeluruh oleh kerajaan mula menimbulkan keresahan rakyat, khususnya peniaga kecil.

Majoriti mereka turut melahirkan rasa kesal dengan arahan yang sering berubah, sehingga mencetuskan kekeliruan ramai. – Getaran, 9 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Sukan 5 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 3 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan