web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bukit Aman Kesan Penipuan Tawar Pakej Berkaitan Ibadah Haji Tahun 2021

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2021 12:34PM

Penawaran pakej haji amat meragukan, terutama sekali dalam tempoh negara dilanda wabak COVID-19. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021, yang ditawarkan beberapa agensi pelancongan sejak kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Kamarudin Md Din berkata, penawaran pakej sedemikian amat meragukan, kerana ia ditawarkan walaupun dalam tempoh negara dilanda wabak COVID-19, serta sekatan pergerakan penuh yang dikuatkuasakan kerajaan.

Beliau berkata kerajaan sebelum ini telah menyatakan, bahawa ia masih menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa Arab Saudi berkenaan kebenaran ibadah haji, serta kuota yang dibenarkan bagi musim 2021.

PDRM melihat tindakan segelintir agensi pelancongan mengiklankan pakej haji, umrah mahupun badal haji bagi tahun 2021, adalah satu tindakan pramatang serta mungkin merupakan penipuan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, boleh dijalankan terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan penipuan berhubung kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarudin berkata jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan atau kedua-duanya sekali, boleh dikenakan terhadap pesalah yang terlibat.

Beliau turut mengingatkan orang ramai, agar lebih berhati-hati dan membuat semakan yang sewajarnya dengan agensi kerajaan berkaitan, sebelum mengambil keputusan membuat bayaran dan menyertai mana-mana pakej yang ditawarkan.

“Orang ramai yang berminat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah bagi tahun ini juga diingatkan, untuk sentiasa peka dengan perkembangan dan arahan terkini yang dikeluarkan pihak kerajaan, berkaitan sekatan perjalanan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan,” katanya.

Sebelum ini, pada 24 Mei lepas, kerajaan dan Lembaga Tabung Haji (TH) menyatakan yang mereka masih lagi menunggu pengumuman rasmi daripada Kerajaan Arab Saudi, berkaitan jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan, dan kaedah pelaksanaan ibadah untuk musim haji kali ini.

Pada 4 Jun lepas, TH menasihatkan bakal haji Malaysia agar bersabar menunggu pengumuman rasmi mengenai status ibadah haji tahun ini.

Berikutan itu, Pengarah Eksekutif TH Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman menyatakan, pihaknya akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada semua bakal haji, sebaik memperoleh keputusan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi, meliputi jumlah kuota jemaah haji negara, kriteria pemilihan dan kaedah pelaksanaan ibadah haji bagi musim ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Pertukaran Pegawai Kanan Bukit Aman

2

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Tiada Permit Yang Sah, Lebih 300,000 Jemaah Dilarang Masuki Makkah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 3 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan