web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Tawar Khidmat Pelacuran Menerusi Aplikasi Telegram Diserbu Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 7:39AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki tempatan dan empat wanita warga asing kerana disyaki menawarkan kegiatan pelacuran menerusi aplikasi Telegram di sebuah hotel di Jalan Merdeka Permai, Ampang di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai pengurus kepada keempat-empat wanita berusia lingkungan 27 hingga 33 tahun yang menjalankan aktiviti pelacuran.

Beliau berkata siasatan mendapati sindiket itu telah beroperasi kira-kira sebulan dengan menawarkan perkhidmatan pelacuran melalui aplikasi media sosial iaitu Telegram.

“Pelanggan akan membuat pembayaran secara dalam talian sebelum memperoleh maklumat hotel dan bilik dengan setiap perkhidmatan seks ditawarkan pada harga RM180 sejam.

“Kesemua suspek direman selama empat hari sehingga Ahad ini untuk siasatan di bawah Seksyen 372/372B Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peratuan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 serta suspek lelaki tersebut dikenakan tindakan kompaun,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Mohamad Farouk berkata turut dikenakan kompaun ialah pengurus hotel kerana melanggar Prosedur Operasi Standard iaitu hotel serta tempat penginapan hanya dibenarkan bagi tujuan kuarantin, pengasingan, pekerjaan bagi perkhidmatan perlu dan bukan untuk tujuan pelancongan atau apa-apa aktiviti yang dilarang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

2

Jelajah 2 bulan yang lalu

Mercure Penang Beach Sesuai Untuk Bermalas-Malasan!

3

Semasa 2 bulan yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Jelajah 3 bulan yang lalu

2 Hotel Mampu Inap Di Jakarta, Dekat Tempat Makan Dan Beli-Belah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 3 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan