web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19 Halang Usaha Teroka NR-REE, Sekat Kemasukan Pakar Antarabangsa - Sanusi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 8:03AM

Muhammad Sanusi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Penerokaan Unsur Nadi Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Kedah seperti yang pernah diumumkan sebelum ini, tertangguh ekoran situasi semasa pandemik COVID-19.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, keadaan itu menyebabkan kumpulan pakar antarabangsa tidak dapat masuk ke negara ini bagi tujuan tersebut.

“Pelabur berkaitan sedang menguruskan kemasukan pasukan teknikal terdiri daripada kumpulan pakar dari China untuk masuk bagi menjalankan penjelajahan berdasarkan permit meneroka diberikan kerajaan negeri kepada mereka.

“Selain itu terdapat juga isu-isu teknikal yang timbul berkaitan kajian Impak Alam Sekitar (EIA) melibatkan standard antarabangsa, justeru Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Majlis Mineral Negara (MMN) sedang menyiapkan dasar dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pengekstrakan REE,” katanya ketika dihubungi Getaran di sini, semalam.

Sebelum ini kerajaan negeri dilaporkan telah meluluskan permit kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kerja-kerja penerokaan mineral baharu bernilai kira-kira RM60 bilion di Kedah.

Syarikat tempatan itu dikatakan akan bekerjasama dengan syarikat antarabangsa bagi melaksanakan aktiviti penerokaan tersebut.

Selain Kedah, REE tersebut dikatakan turut wujud di Perak.

Muhammad Sanusi berkata, perkara asas berkaitan pengekstrakan REE tersebut kini sudah berada di Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Malaysia.

“Cumanya perkara itu perlu diselaraskan dengan negeri-negeri terlibat yang memegang kuasa berkaitan bidang tanah serta galian.

“Selain itu saya berpandangan, usaha berkaitan bidang ini akan berjalan lancar setelah pakar-pakar teknikal antarabangsa itu dapat masuk, seterusnya memulakan penerokaan,” katanya. - Getaran 11 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 3 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan