web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Johor Rampas Dadah Lebih RM1 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2021 1:40PM

Ayob Khan menunjukkan wajah suspek. - Gambar dari Facebook Polis Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis Johor merampas sejumlah syabu dan heroin, dianggarkan bernilai lebih RM1.7 juta hasil penemuan sebuah stor penyimpanan dadah di sebuah kondominium di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, operasi khas antara jam 3.30 petang kelmarin hingga 12.15 tengah malam tadi itu turut berjaya menahan empat suspek tempatan termasuk seorang wanita.

“Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Johor Bahru Selatan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Johor telah melancarkan operasi khas di sekitar Johor Bahru.

“Pada mulanya, kita berjaya menahan dua suspek wanita berusia 21 dan 24 tahun, dengan seorang daripadanya didapati positif ganja, manakala rakannya pula memiliki rekod jenayah lampau.

“Kita juga berjaya merampas sejumlah heroin dalam serbuan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Beliau berkata, susulan daripada tangkapan pertama, polis menjalankan dua lagi serbuan sekitar daerah sama, sebelum menahan dua lagi lelaki berusia 34 dan 35 tahun.

Katanya, turut dirampas ialah sejumlah heroin dan syabu, dengan suspek turut didapati positif dadah serta mempunyai dua rekod jenayah lampau. 

Ayob Khan menunjukkan barang rampasan. - Gambar dari Facebook Polis Johor
Ayob Khan menunjukkan barang rampasan. - Gambar dari Facebook Polis Johor

Ayob Khan memberitahu, sebanyak 34.66 kilogram syabu bernilai RM1.25 juta dan 47.54 kilogram heroin bernilai RM558,663 dengan nilai keseluruhan lebih RM1.7 juta dirampas.

“Polis turut menyita dua buah kenderaan bernilai RM40,000,” katanya.

Menurut Ayob Khan, modus operandi suspek adalah dengan menyewa kondominium berpagar dan mempunyai pengawal keselamatan untuk dijadikan stor penyimpanan dadah.

“Hasil siasatan awal, kita percaya bekalan dadah ini diperoleh dari utara dan kebanyakannya dari Thailand khusus untuk pasaran tempatan bagi kegunaan 411,000 penagih dadah.

“Kumpulan ini disyaki bergiat aktif sejak April tahun lalu walaupun pergerakan adalah terhad sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Beliau menarik perhatian, operasi seumpama itu akan dijalankan secara berterusan kerana dipercayai melibatkan sindiket yang lebih besar, berdasarkan jumlah rampasan dibuat.

“Semua suspek kini direman enam hari bermula semalam bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Getaran, 11 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 5 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 6 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad