web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PPV Sementara Di Pusat Ibadat Mudahkan Penduduk Dapatkan Vaksin COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2021 9:53PM

Dr Zaini Hussin (kanan) ketika meninjau PPV sementara bagi Daerah Kota dan Kubang Kerian di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kota Bharu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sementara di masjid, surau dan pondok bagi memudahkan penduduk kampung mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, PPV itu disediakan dalam tempoh lima hari bermula hari ini.

Katanya, pembukaan PPV sementara akan memudahkan masyarakat setempat untuk datang mendapatkan suntikan vaksin memandangkan PPV  komuniti berada agak jauh daripada rumah penduduk.

"Walaupun pemberian vaksin diadakan di pusat ibadat, namun ia tidak terhad kepada golongan muslim sahaja dan ia turut terbuka kepada masyarakat bukan Islam untuk mendapatkan suntikan vaksin.

"Pihak kami juga mendapat sokongan daripada penggawa dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk bekerjasama bagi mengumpul nama individu yang sudah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera," katanya selepas mengadakan tinjauan di PPV Sementara Bagi Daerah Kota dan Kubang Kerian di Masjid Sultan Ismail Petra, di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Datuk Mumtaz Md Nawi.

Dr Zaini berkata, kerjasama yang dijalinkan ini bagi memastikan rakyat di Kelantan mendapat suntikan vaksin dengan secepat mungkin.

"Tempoh pembukaan PPV akan dilanjutkan sekiranya ia menerima sambutan. Kesedaran masyarakat Kelantan terhadap suntikan vaksin semakin baik, malah ada di antara ahli jawatankuasa masjid yang menawarkan untuk mengadakan Program Outreach Vaksinasi COVID-19 di masjid.

"Menerusi Program Outreach yang diadakan sebelum ini, ia mendapat sambutan apabila ramai datang untuk mendapatkan suntikan vaksin khususnya di Kelantan," katanya.

Beliau memberitahu, seramai 140,000 atau 11 peratus rakyat di Kelantan sudah menerima suntikan vaksin bagi dos pertama dan bekalan vaksin berkenaan diharapkan mencukupi untuk diberikan kepada individu yang berdaftar.

Menurutnya, JKNK bersama dengan kerajaan negeri, ketua jajahan dan pegawai daerah merancang mengadakan program suntikan vaksin bagi memastikan antara 70 hingga 80 peratus rakyat di Kelantan divaksinasi.

"Kita juga akan memastikan penduduk di negeri ini terutama di kawasan pedalaman mendapat suntikan vaksin sebelum musim tengkujuh iaitu selewat-lewatnya pada September kerana keadaan cuaca yang tidak menentu akan menyukarkan petugas kesihatan masuk ke kawasan berkenaan," katanya. - Getaran, 13 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 8 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan