web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Pembalakan Di Kawasan Taman Eco Rimba Puncak Janing - JPNK

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 9:11AM

Gambar yang didakwa berlaku aktiviti pembalakan di Taman Eko Rimba Puncak Janing tular di media sosial, namun dinafikan oleh JPNK. - Gambar dari Facebook PEKA KEDAH

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) memaklumkan bahawa tiada aktiviti pembalakan di sekitar kawasan Taman Eco Rimba Puncak Janing di Kuala Nerang sehingga menyebabkan sumber air masyarakat menjadi keruh seperti yang tular di media sosial Khamis lepas.

Pengarah JPNK Muhamad Abdullah berkata kekeruhan sumber air masyarakat di perkampungan sekitar hutan lipur itu sebaliknya disebabkan oleh aktiviti penyelenggaraan dan pembersihan jalan balak lama yang sedang dilaksanakan untuk kegunaan kakitangan jabatan tersebut.

"Taman Eco Rimba Puncak Janing adalah sebuah hutan lipur yang diurus oleh JPNK dan terletak di Kompartmen 41 Hutan Simpan Bukit Perangin. 

"Penyelenggaraan dan pembersihan jalan balak lama itu ialah bagi kegunaaan kakitangan untuk menjalankan aktiviti pra pelesenan untuk kelulusan kawasan pembalakan di Kompartmen 42 dan kompartmen 43 Hutan Simpan Bukit Perangin," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata aktiviti itu telah menyebabkan kekeruhan kepada aliran anak sungai yang mengalir ke Taman Eco Rimba Puncak Janing. 

"Pada masa sama, taburan hujan yang agak tinggi di kawasan itu telah menyumbang kepada kekeruhan air sungai tersebut," katanya.

Muhammad berkata bagi menangani masalah kekeruhan bekalan air masyarakat di situ, JPNK telah mengarahkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan jalan balak lama tersebut dihentikan serta-merta.

Pada Khamis lepas, isu mengenai dakwaan berlaku aktiviti pembalakan di Taman Eko Rimba Puncak Janing tular di media sosial menerusi hantaran pemilik Facebook dikenali sebagai Lann Kopnai dan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA). - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 8 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 8 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad