web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Hutan Simpan Bukit Perangin, Penduduk Masih Bimbang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 9:13PM

Jalan balak lama yang diselenggara dan dibersihkan baru-baru ini, didakwa menjadi punca air yang digunakan penduduk berhampiran Hutan Simpan Bukit Perangin menjadi keruh.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG TERAP - Langkah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah memberhentikan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan jalan balak lama di Hutan Simpan Bukit Perangin, Kuala Nerang seperti diumumkan semalam, diakui mendatangkan kelegaan kepada penduduk Kampung Pasir Putih dan Kampung Tengah Baru dekat sini.

Ini kerana penduduk di kedua-dua kampung tersebut amat bergantung kepada sumber air masyarakat dari hutan simpan itu.

Menurut mereka, tindakan menyelenggara serta membersihkan jalan berkenaan sejak beberapa minggu lalu, menyebabkan air digunakan menjadi keruh untuk tempoh lebih lama terutamanya selepas hujan.

Keraguan bagaimanapun masih wujud dalam kalangan penduduk mengenai kerja-kerja pembalakan yang akan dijalankan di situ.

Selama manakah situasi itu mampu bertahan, ketika Jabatan Perhutanan Negeri Kedah sendiri sudah mengesahkan bahawa penyelenggaraan dan pembersihan jalan balak lama itu adalah bagi menjalankan aktiviti pra pelesenan untuk kelulusan kawasan pembalakan di Kompartmen 42 dan 43 hutan simpan tersebut?

Seorang penduduk terkesan, Saiful Hasni Abd. Rahman, 38, berkata, kalangan penduduk kampung sebenarnya amat berharap supaya kawasan pembalakan itu dapat dipindah ke kawasan lain yang tidak menjejaskan mana-mana pihak.

"Dalam keadaan mereka selenggara dan bersihkan jalan balak lama ini pun kami terpaksa menanggung sengsara menggunakan air keruh selama berhari-hari terutama setiap kali selepas hujan, inikan pula setelah berlaku pembalakan nanti.

"Kami tidak menentang pembalakan tetapi tolonglah jangan laksanakan sesuatu yang mendatangkan kesan kepada penduduk. Di kampung ini, semua perkara melibatkan kenduri-kendara, kematian malah masjid sekali pun menggunakan air yang datangnya daripada semua sungai dalam hutan simpan ini," katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini hari ini.

Semalam Pengarah Perhutanan Negeri Kedah, Muhamad Abdullah menafikan dakwaan di media sosial yang menyatakan, berlaku pembalakan di Taman Eko Rimba (TER) Puncak Janing hingga menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan air keruh.

Menurut Muhamad, kekeruhan sumber air masyarakat itu berpunca daripada kegiatan penyelenggaraan dan pembersihan jalan balak lama.

Katanya, penyelenggaraan dan pembersihan itu dibuat bagi membolehkan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah menggunakan jalan tersebut untuk menjalankan aktiviti pra-perlesenan kelulusan kawasan pembalakan di Kompartmen 42 dan 43 hutan simpan berkenaan.

Jelas beliau lagi, taburan hujan yang agak tinggi turut menyumbang kepada kekeruhan air dan pihaknya sudah mengarahkan supaya kerja-kerja penyelenggaraan serta pembersihan jalan tersebut dihentikan serta-merta.

Salah seorang penduduk kampung berhampiran menunjukkan tanda garisan merah pada pokok yang menimbulkan tanda tanya mengenai cara pembalakan akan dilaksanakan di Hutan Simpan Bukit Perangin.
Salah seorang penduduk kampung berhampiran menunjukkan tanda garisan merah pada pokok yang menimbulkan tanda tanya mengenai cara pembalakan akan dilaksanakan di Hutan Simpan Bukit Perangin.

Dalam pada itu seorang lagi penduduk, Mohd. Naeim Ramli, 33, mendakwa, penduduk mempunyai alasan untuk merasa bimbang mengenai apa yang akan berlaku bersandarkan tinjauan mereka di kawasan terlibat.

"Kenyataan dikeluarkan semalam mendakwa, aktiviti pra-perlesenan itu adalah untuk kelulusan kawasan pembalakan di Kompartmen 42 dan 43. Namun tinjauan kami mendapati, ada tanda tertentu yang biasanya menunjukkan bahawa pokok itu akan ditebang, turut diletakkan pada pokok-pokok di Kompartmen 41.

"Ini amat membimbangkan kerana Kompartmen 41 terletak amat hampir dengan sungai. Selain itu, kami juga tertanya-tanya mengenai jalan mana yang akan digunakan bagi membawa keluar balak tersebut,” katanya.

Mohd Naiem berkata, pihak yang berkenaan perlu merentasi sungai jika mahu membawa keluar balak dari Kompartmen 42 dan 43 melalui Bukit Perangin, dan itu sudah tentu akan menyebabkan air terjejas teruk.

"Kalau mereka bawa keluar balak itu melalui Bukit Kachi sekali pun, ada kemungkinan air menjadi keruh kerana kedudukannya terletak dekat dengan sungai. Malah pusat rekreasi terkenal yang sering dikunjungi pengunjung untuk mandi-manda di sini juga dijangka turut terjejas," katanya.

Tambahnya, kaedah penandaan pada pokok-pokok di hutan simpan itu turut menimbulkan keraguan.

"Dalam amalan aktiviti pembalakan, tanda tiga garisan menunjukkan pokok berkenaan akan ditebang manakala tanda dua garisan pula memberi petunjuk bahawa pembalakan di kawasan itu akan dijalankan secara 'cuci mangkuk' (semua pokok di kawasan itu ditebang).

"Tinjauan kami mendapati terdapat beberapa kawasan yang pokoknya ditanda dengan dua garisan. Bukan itu saja, ada juga pokok dalam sungai yang turut ditanda seakan-akan memberi petunjuk akan ditebang. Maka perkara sebegini menimbulkan keraguan dalam kalangan penduduk," katanya. - Getaran, 14 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Kedua Keropok Beracun Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah