web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


DUN Kukusan Lancar Inisiatif Bawa Warga Emas Hadir Temu Janji Vaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2021 5:05PM

Rina (kiri) bertemu antara penduduk Kukusan yang berjaya menerima vaksinasi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Sebanyak 10 kenderaan milik petugas Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukusan digunakan bagi membawa warga emas ke Pusat Pemberian Vaksin (PPM), di sini, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan, Rina Jainal berkata, ia adalah antara usaha berterusan pihaknya dalam memudahkan orang ramai, khususnya warga emas di mukim Kukusan untuk menghadiri temu janji masing-masing.

Menurut beliau, usaha mereka sejak minggu lalu ternyata membuahkan hasil apabila berjaya mendaftarkan lebih 150 warga emas di sekitar Kukusan bagi menerima suntikan berkenaan.

“Lebih 50 daripada telah menerima tarikh temu janji dan mereka sememangnya memerlukan bantuan bagi memudahkan pergerakan, apatah lagi ramai yang sudah lanjut usia serta uzur,” katanya kepada media, di sini.

Melihat perkembangan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki kali ketiga pelaksanaan, Rina terpanggil untuk turut turun padang bagi menggalakkan orang ramai mengambil suntikan berkenaan.

“Bulan lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah menyatakan hanya 12.84% dari lebih 3 juta penduduk Sabah mendaftar untuk pengambilan vaksinasi COVID-19, manakala hanya 9.9% daripada hampir 450,000 penduduk Tawau yang berbuat demikian.

“Secara peribadi, saya melihat jumlah itu terlalu kecil dan menunjukkan perkembangan yang tidak baik, menyebabkan saya mula melakukan program kesedaran di kawasan penempatan khususnya kampung sekitar mukim Kukusan,” katanya.

Bermula dengan memujuk ibunya untuk divaksin, Rina kemudian meminta petugas Pejabat DUN N70 Kukusan melakukan perkara sama kepada keluarga dan jiran mereka.

“Melalui cara ini, ia bukan sahaja menjadi kayu ukur tetapi membina keyakinan orang lain untuk turut sama mendaftar sebagai penerima vaksin.

“Ia membolehkan kita membentuk imuniti berkelompok dalam membanteras COVID-19 di kawasan sekitar sekali gus kembali hidup normal,” katanya.

Rina turut berharap agar pemimpin masyarakat memainkan peranan pro aktif dalam menggalakkan lebih ramai individu mendaftar dan menerima suntikan vaksin.

“Kita harus saling bekerjasama dan kreatif dalam membantu rakyat menerima vaksin COVID-19,” katanya. - Getaran, 15 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 9 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 10 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad