web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketua Polis Selangor Nafi Dakwaan Lelaki Dipukul, Dikasari Semasa Di Balai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 2:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis menafikan dakwaan seorang lelaki yang beliau dipukul dan dikasari semasa hadir ke ibu pejabat Polis Daerah Serdang untuk rakaman percakapan bersabit satu laporan yang dibuat isterinya berkaitan keganasan rumah tangga, minggu lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata pada hari kejadian lelaki berkenaan yang terserempak dengan isterinya semasa berada di balai telah bertindak agresif dan mengugut akan membunuh isterinya itu.

Beliau berkata polis telah menasihatkan lelaki itu agar jangan membuat bising di kawasan balai polis, namun dia tidak mengendahkan nasihat yang diberikan dan telah mengeluarkan kata-kata kesat kepada polis iaitu “Polis bodoh”.

“Semasa proses tangkapan terhadap suspek, telah berlaku pergelutan dan pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan paling minimum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam sebuah portal berita melaporkan seorang bekas pengurus bengkel Joseph Prakash Sukumaran mendakwa dia dipukul dan dikasari semasa berada di ibu pejabat polis berkenaan. 

Arjunaidi berkata suspek didapati mempunyai lapan rekod jenayah lampau meliputi pelbagai kesalahan jenayah termasuk kekerasan serta narkotik, dan ujian saringan awal polis mendapati suspek positif dadah jenis Methapethamine.

Beliau berkata suspek didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 11 Jun lepas mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, di samping menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Menurutnya suspek tidak mengaku salah dan dibebaskan dengan jamin mahkamah.

“Sejurus dibebaskan, pada hari yang sama lelaki itu telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Bandar Kinrara mengatakan telah dipukul dan dikasari oleh pihak polis semasa hadir memberi keterangan bersabit kes keganasan rumah tangga,” katanya.

Arjunaidi berkata satu Kertas Siasatan Enkuiri Polis (KEP) telah dibuka bagi menjalankan siasatan terhadap laporan yang dibuat dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah mengambil alih siasatan KEP ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Lelaki Maut Dipukul Selepas Kemalangan Positif Dadah Ketika Kejadian - Hussein

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Pukul Ibu Angkat Hingga Cedera, Guru KAFA Dicekup Polis

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Pukul Warga Emas Sebabkan Kemalangan, 2 Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 10 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan