web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sedekad Dipenjara, Anwar Ibrahim Enggan Simpan Dendam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 2:24PM

Anwar Ibrahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menghabiskan hampir satu dekad di penjara adalah antara pengalaman pahit yang ditanggung oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menceritakan pengalaman tersebut, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menjelaskan, beliau tidak menyimpan dendam kesumat terhadap apa yang terjadi tetapi menganggap ia satu detik hitam yang pernah dilalui.

Berkongsi cerita  dalam segmen Sembang Spontan bersama Datuk Afdlin Shauki Aksan secara langsung di Facebook, Anwar menjawab pertanyaan Afdlin, bagaimana beliau meneruskan kehidupan dan berbesar hati untuk memaafkan seteru politiknya ketika berdepan pengalaman tersebut.

“Dalam sejarah, sejarah golongan nabi sehinggalah pejuang lain, ramai yang fikir kita tidak perlu terlalu terikat dengan masa lampau, penderaan masa lampau tetapi biar ada pengajaran,” jawab Anwar, tenang.

Beliau bagaimanapun mengakui, bukan mudah untuk memaafkan seseorang yang telah menghancurkan masa depannya, apatah lagi ia bukan sahaja melibatkan maruah dan harga diri, tetapi anak-anak serta isteri, yang turut menerima tempias.

“Saya pun tak anggap itu mudah. Kadang-kadang geram juga, kadang-kadang rasa aku nak terajang, bukan tak ada, sebagai manusia kita ada.

“Tapi bila fikir-fikir balik macam mana kita nak rangkul kekuatan bawa perubahan atau nak selesaikan masalah,” katanya lagi.

Dari sudut lain, Anwar berharap agar perkara yang sama tidak berlaku kepada orang lain pada masa akan datang, kerana ia bukan sahaja menjatuhkan maruah seseorang, tetapi jelas satu kezaliman.

“Bukan saya nak menganggap ini satu perkara ringan. Memang berat, sebab itu saya kata jangan dibuat kepada orang lain. Ada orang tanya nak jadi pengajaran macam mana orang itu tidak dihukum.

“Sebab itu, kalau dia bersalah kepada saya, kamu seksa saya, saya boleh maafkan. Dia curi duit rakyat dia kena bayar balik. Dia lakukan jenayah, dia pukul orang setengah mati, orang itu kena dera, maka perkara itu  mesti ikut proses hukum,” katanya.

Selain dipenjara atas dakwaan melakukan beberapa kesalahan, Anwar ketika menjadi presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pernah ditahan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini telah dimansuhkan.

Beliau ditahan selama selama tiga tahun dari 1974 ke 1976 kerana didakwa terlibat dengan demonstrasi mahasiswa Universiti Malaya yang menyuarakan isu kemiskinan petani di Baling, Kedah.

Dalam perkembangan lain, Anwar ketika menyentuh mengenai isu kemajuan sesebuah negara berkata, ia terikat pada kosa kata atau penguatkuasaan bahasa.

“Pada saya kewujudan kosa kata dan penguatkuasaan baharu itu adalah bersifat untuk mendidik rakyat. Sekurang-kurangnya penggunaan ayat baharu, jika kita sering ungkapkan dapat meningkatkan pengetahuan bahasa seseorang.

“Perkara ini kita dapat lakukan dengan memperkenalkan kaedah bahasa yang lebih sesuai mengikut keadaan. Tetapi kalau berucap di kampung, kita gunakan juga kosa kata baharu tetapi kemudian kita permudahkan dengan penjelasan,” jelasnya.

 Beliau diketahui ramai sebagai individu mahir berbahasa, malah sering tampil dengan kosa kata baharu hingga menjadi ikutan ramai, antaranya telus, alaf dan marhaen. - Getaran, 16 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 3 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 10 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan