web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Termasuk Penjawat Awam Direman Berhubung Isu Tender RM42 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 2:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Empat individu termasuk seorang penjawat awam di sebuah kementerian, direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung isu tender pembekalan bagi sebuah agensi penguat kuasa yang bernilai RM42 juta.

Perintah reman sehingga 21 Jun itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim di sini selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, kesemua lelaki yang berusia antara 32 dan 61 tahun itu, ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini kira-kira pukul 10 malam semalam.

“Mereka dipercayai meminta dan membayar rasuah sebanyak lima peratus dari nilai projek berdasarkan tuntutan kemajuan, bagi memperoleh tender perkhidmatan membekal, memproses, mencetak dan mengepos saman sebuah agensi penguat kuasa, yang bernilai RM42 juta,” menurut sumber berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Dalam kes berasingan di mahkamah sama, seorang ahli perniagaan direman selama lima hari bermula hari ini kerana dipercayai terlibat dalam pengubahan wang haram.

Menurut sumber, lelaki berkenaan dipercayai memperolehi wang menerusi penjualan kereta Ferrari bernilai hampir RM1 juta bukan miliknya, bagi membeli sebuah kereta Lamborghini bernilai RM1.8 juta untuk dirinya.

Lelaki berusia 43 tahun itu yang ditahan kira-kira 5.20 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya, disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLA) 2001. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 9 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan