web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terengganu Laksana Program Caj Percuma Wad Kelas 3

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2021 7:08PM

Dr Alias berkata rakyat Terengganu berpeluang menikmati program caj wad kelas ketiga secara percuma yang akan dilaksanakan pada 1 Julai ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri akan melaksanakan program caj wad kelas ketiga secara percuma kepada semua rakyatnya bermula 1 Julai depan, kata Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak.

Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, program tersebut merupakan kerjasama antara kerajaan negeri bersama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

Menurut beliau ia membabitkan enam buah hospital di seluruh negeri dengan kos peruntukan RM3.7 juta setahun, yang ditanggung kerajaan negeri.

“Kita telah berjaya membuat persiapan dengan kerjasama KKM dan Jabatan Kesihatan Terengganu, membabitkan 1390 buah katil dan dianggarkan 1.2 juta rakyat akan beroleh manfaat dari program ini.

“Ini  juga merupakan sebahagian daripada manifesto PAS semasa Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14),” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau berkata, caj percuma tersebut adalah seperti yang dikenakan dalam bil pesakit wad kelas tiga di bawah Perintah (Fi Perubatan), 1982- Perintah 17 (caj maksimum bagi pesakit kelas tiga iaitu membabitkan kos katil, makan minum dan rawatan).

“Caj ini bagaimanapun tidak termasuk bagi rawatan yang mendapat pelepasan atau subsidi daripada KKM dan kerajaan pusat.

“Ia juga tidak melibatkan implan dan peralatan perubatan dan tidak terpakai kepada pesakit yang berpindah dari mana mana wad,” katanya

Tambahnya, pelepasan caj wad kelas ketiga juga tidak tertakluk kepada pasangan yang bukan rakyat Terengganu.

“Ia tidak terpakai bagi fasa pertama tapi kita akan pertimbangan untuk penambahbaikan di masa depan. Sebab sekarang ini kita nak tengok sejauh mana keperluan dan kemampuan kerajaan negeri dulu,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau juga memaklumkan, Terengganu akan memulakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di masjid Sabtu ini.

Beliau berkata Masjid Durian Burung di Kuala Terengganu dipilih menjadi projek perintis bagi operasi PPV di tempat ibadah.

Ditanya mengenai rancangan vaksinasi kepada penduduk pulau di Terengganu, Razak berkata kerajaan negeri masih menunggu kelulusan Malaysia untuk bekalan vaksin Johnson & Johnson (J&J) yang hanya memerlukan sekali suntikan.

Beliau berkata kerajaan negeri memilih vaksin tersebut kerana ia lebih menjimatkan berbanding dengan jenis yang memerlukan dua dos.

“Kita tunggu vaksin yang sekali dos saja, sebab kos tinggi dengan pengangkutan yang kita kena pergi dua kali, jadi kita akan tunggu vaksin tersebut , barulah kita buat vaksinasi kepada penduduk di pulau,” katanya. - Getaran, 16 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 10 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan