web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Kaji Langkah Beri Bantuan Tambahan Pada Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 8:00AM

Golongan peniaga merupakan antara yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 hingga menyaksikan ramai yang gulung tikar. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan sedang mengkaji dengan teliti langkah-langkah bagaimana kerajaan boleh beri bantuan tambahan kepada rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

 Beliau berkata kerajaan sedar sebahagian rakyat mengharapkan pengumuman pakej bantuan tambahan yang baharu, susulan daripada pengumuman Pelan Pemulihan Negara oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

“Kerajaan cukup faham denyut nadi rakyat….bantuan masih ada kerana tidak semua peruntukan yang diumumkan sebelum ini telah dibelanjakan.  

“Perdana Menteri sudah mengarahkan Menteri Kewangan untuk mengemukakan cadangan, dan saya percaya beliau (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz) sedang giat mengkaji cara-cara bagaimana kerajaan boleh memberikan bantuan tambahan (kepada rakyat),” katanya semasa temu bual dalam program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV, semalam.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM380 bilion atau bersamaan 28 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menerusi pakej-pakej rangsangan ekonomi.

Mustapa berkata setakat ini hanya lebih daripada RM200 bilion sudah dibelanjakan dan masih terdapat baki. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan