web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Parlimen Perlu Bersidang Segera, Tak Perlu Tunggu Darurat Tamat - Mohamad Ariff

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 10:27AM

Mohamad Ariff berpendapat sidang Parlimen wajar diadakan sebelum berakhirnya tempoh darurat - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parlimen perlu bersidang pada kadar segera tanpa perlu menunggu proklamasi darurat ditamatkan 1 Ogos nanti.

Mantan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof berkata, adalah wajar untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kabinet memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah untuk memanggil Parlimen bersidang pada kadar segera.

Menurut beliau, sidang Parlimen tersebut wajar diadakan sebelum berakhirnya tempoh darurat.

"Seri Paduka Baginda juga sudah menyuarakan pendapat yang jelas bahawa Parlimen adalah platform penting untuk membincangkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara.

“Parlimen juga penting bagi meneliti segala perbelanjaan untuk menangani pandemik dan kesempitan rakyat," katanya di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad semalam, yang menyampaikan pendapat Raja-Raja Melayu menerusi Perbincangan Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara, semalam.

Syed Danial berkata, Raja-Raja Melayu sependapat bahawa nyawa dan kehidupan rakyat wajib diutamakan mengatasi perkara- perkara lain.

Semua Raja-Raja Melayu juga jelas beliau, menitahkan bahawa program vaksinasi hendaklah dipertingkatkan dengan mengurangkan kerenah birokrasi agar mencapai matlamat imuniti kelompok 80 peratus secepat mungkin.

Mengulas lanjut Mohamad Arif berkata, semua pendapat yang diberikan adalah amat wajar dan tepat sambil mencerminkan fungsi Agong di bawah Perlembagaan Malaysia, iaitu merangkumi hak Baginda untuk mendapat maklumat, dirunding dan memberi nasihat kepada Perdana Menteri dan Kabinet dalam hal-hal negara.

"Apa yang disarankan juga selari dengan kehendak penting Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan, iaitu Pengisytiharan Darurat dan Ordinan-Ordinan di bawahnya hendaklah dibentangkan di Parlimen.

"Ini semestinya bermakna sebelum tamatnya tempoh Darurat sekarang iaitu 1 Ogos 2021," katanya. - Getaran, 17 Jun 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan