web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemberian Vaksin 'Walk In' Dibuka Selepas Selesai Suntikan Penerima Berdaftar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2021 2:59PM

Khairy melawat PPV Dewan Teratai, Kota Bharu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara akan dibuka secara walk in selepas semua pemohon berdaftar selesai menerima dos masing-masing.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan menjangkakan proses suntikan vaksin kepada penerima yang berdaftar dapat diselesaikan akhir tahun ini atau lebih awal dari itu.

Menurut beliau, kerajaan yakin dapat menyelesaikan proses pemberian vaksin mengikut sasaran waktu ditetapkan.

"Kita akan selesaikan mereka yang sudah daftar (MySejahtera) untuk dapat temu janji sebelum kita buka kepada mereka yang mahu walk in.

"Jadi (bila buat walk in) siapa yang belum dapat temu janji ataupun belum daftar, dia boleh pergi saja (walk in). Saya rasa kalau kita memudahkan begitu, kita akan mencapai sasaran 80 peratus penduduk divaksin," katanya 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Peringkat Negeri.

Usai mesyuarat, Khairy turut melawat PPV Dewan Teratai, di Kota Darulnaim di sini hari ini, dengan diiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Pada perkembangan lain, Khairy yang juga Menteri Penyelaras PICK berkata, kerajaan persekutuan akan membekalkan vaksin CanSino kepada kerajaan negeri Kelantan dan kawasan pedalaman termasuk penempatan Orang Asli.

Katanya, bekalan vaksin berkenaan dijangka diterima Julai ini, tetapi jumlah dos akan diumumkan secara rasmi tidak lama lagi.

"Untuk vaksin CanSino, ia hanya membabitkan satu suntikan dos sahaja dan kita akan hantar kepada Kelantan terutama di kawasan pedalaman Orang Asli di Gua Musang.

"Vaksin itu bersesuaian kerana petugas tidak perlu berulang kali masuk ke kawasan Orang Asli untuk tujuan suntikan,” katanya.

Khairy berkata, Kelantan mencatatkan perkembangan penerimaan vaksin yang amat positif apabila jumlah penerima bertambah setiap hari, sekali gus meningkatkan keyakinan bahawa imuniti kelompok mampu diwujudkan menjelang Oktober tahun ini.

Jelas beliau, perkembangan itu membantu Kelantan mencapai sasaran 30,000 suntikan setiap hari, sekali gus membolehkan bekalan vaksin negeri berkenaan ditambah kepada 550,000 bulan hadapan.

“Kerajaan negeri juga bercadang membuka lima lagi PPV iaitu di Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas, Machang dan Kuala Krai untuk memudahkan proses suntikan vaksin," katanya. – Getaran, 17 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad