web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aktiviti Pelacuran Tumpas, 9 Wanita Warga Asing Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2021 11:43AM

Antara barangan yang dirampas dalam 6 serbuan di kondominium, Jalan Sultan ismail, petang semalam. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dengan mengenakan bayaran RM1,000 untuk setiap sejam ‘perkhidmatan’, wanita warga asing ini mampu mengaut keuntungan sehingga RM6,000 dalam sehari bagi memuaskan nafsu lelaki berhidung belang.

Bagaimanapun, aktiviti pelacuran yang turut membabitkan wanita warga Eropah itu tumpas dalam enam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Sultan Ismail, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Zainal Abdullah berkata, sembilan wanita warga asing ditahan dalam serbuah bermula jam 2 hingga 6.30 petang itu.

Katanya, mereka terdiri daripada dua wanita Uzbekistan, Belarus (2), Filipina (2) dan masing-masing satu dari Russia, Iran serta Ukraine.

“Semua wanita ini disyaki terbabit dalam aktiviti pelacuran yang bergerak secara sendiri di lokasi terbabit.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik di kondominium itu, polis merampas 26 keping kondom, lima botol minyak pelincir, 13 telefon pintar, lima alat mainan seks, mata wang asing AS$1,900 (RM7,869) dan mata wang Malaysia berjumlah RM31,513,” katanya hari ini.

Mohamad Zainal berkata, wanita yang berusia antara 22 hingga 38 tahun itu dipercayai meraih pendapatan harian antara RM3,000 hingga RM6,000 sehari.

“Bayaran yang dikenakan terhadap pelanggan adalah sebanyak RM1,000 untuk setiap satu jam perkhidmatan seks,” katanya.

Menurutnya, semua wanita terbabit ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Sementara itu Mohamad Zainal berkata, polis memohon kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti pelacuran di kawasan sekitar daerah Dang Wangi menerusi talian 03-26002222 atau hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999. - Getaran, 18 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 12 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan