web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PPM Ambil Tindakan Undang-undang Terhadap Karyawan Dan Freddie Fernandez

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2021 4:56PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Public Performance Malaysia (PPM) telah mengemukakan penyataan tuntutan ke atas Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan pengerusinya, Freddie Fernandez kerana didakwa melakukan fitnah.

Pengerusi PPM, Rosmin Hashim berkata, penyataan tuntutan itu diserahkan pada 12 Januari lalu selain mengeluarkan beberapa kenyataan media pada 13 Oktober 2020 dan 10 November 2020 untuk membetulkan kenyataan tidak benar yang dibuat oleh Freddie Fernandez pada 3 Oktober 2020, 6 Oktober 2020 dan 26 Oktober 2020 menerusi beberapa media cetak, online dan juga pelantar media sosial.

Namun kata Rosmin, Karyawan menerusi pengerusinya terus membuat dan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap PPM di pelbagai media.

Sehubungan itu , PPM telah mengeluarkan Surat Tuntutan (Letter of Demand) kepada Karyawan dan Freddie pada 12 November tahun lepas.

''Kenyataan fitnah ini dikeluarkan pada saat paling buruk, di mana seluruh industri muzik dan negara bergelut dengan cabaran dan dugaan untuk mengatasi kesan pandemik yang telah memberi kesan kepada semua sektor ekonomi negara dan menjejaskan punca pendapatan ramai penggiat seni muzik tanah air termasuk komposer, penulis lirik, penyanyi, pemuzik dan syarikat rakaman.

``Ia juga mengakibatkan gangguan kepada aktiviti pelesenan dan menyukarkan lagi kerja kami untuk mengutip yuran pelesenan bagi pihak ahli-ahli dalam persekitaran pasaran yang amat mencabar,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain tindakan sivil, Rosmin berkata, PPM telah membuat laporan polis terhadap Karyawan dan Freddie atas kesalahan jenayah fitnah serta membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana menyalahguna internet untuk menghasil, menyebar komen dan berita palsu dengan niat untuk mengganggu PPM. - Getaran, 10 Februari 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang