web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembukaan Sidang DUN Pada Ogos Jika Diperkenan Sultan Selangor - Speaker

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2021 11:25PM

Ng Suee Lim - Gambar dari dewan.selangor.gov.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ng Suee Lim akan memohon perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mengadakan pembukaan sidang DUN pada Ogos depan.

Ng berkata pihaknya akan mengutus surat kepada Sultan Sharafuddin dalam masa terdekat setelah mengadakan perbincangan berhubung pembukaan sidang DUN bersama Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari petang semalam.

“Kita sudah berbincang dengan Menteri Besar berhubung perkara ini petang semalam, cadangan tarikh sudah kita tetapkan untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor dalam masa terdekat.

“Kalau sekiranya cadangan kita diperkenan Sultan Selangor untuk DUN Selangor bersidang (namun) masih lagi (dalam tempoh) darurat, Menteri Besar (Amirudin) akan mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memohon perkenan Seri Paduka untuk diberi kelulusan mengadakan sidang DUN khas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ng berkata antara perkara utama yang akan dibincangkan sekiranya sidang DUN Selangor dibenarkan bersidang adalah isu penularan dan menangani COVID-19 serta pembangunan negeri ini yang akan diketengahkan oleh Menteri Besar.

Media melaporkan Raja-Raja Melayu yang menghadiri perjumpaan di Istana Negara pada Rabu menyokong dan senada dengan pendirian Al-Sultan Abdullah agar Parlimen segera bersidang.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata di peringkat negeri pula, Raja-Raja Pemerintah turut berpendirian agar DUN dibolehkan bersidang secepat mungkin.- Bernama 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan