web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Elak Kluster Banjir, MOSTI Percepat Vaksin Negeri Pantai Timur Sebelum Tengkujuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jun 2021 7:00PM

Ahmad Amzad berkata kerajaan memutuskan untuk mempercepatkan sasaran 80 peratus imuniti kelompok di negeri Pantai Timur sebelum Oktober.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan akan mempercepatkan program vaksinasi COVID-19 di negeri Pantai Timur dan menyelesaikan sasaran 80 peratus imuniti berkelompok sebelum musim tengkujuh Oktober ini, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim.

Beliau berkata, keputusan itu diambil bagi mengelakkan risiko penularan jangkitan COVID-19 ketika musim banjir yang biasa berlaku di negeri Pantai Timur pada hujung tahun.

“Beberapa hari lalu MOSTI melakukan kunjungan di negeri Pantai Timur dan hasil perbincangan bersama Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kita akan percepatkan sasaran untuk mencapai 80 peratus imuniti kelompok di kesemua tiga negeri, iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang sebelum Oktober.

“Ini untuk mengelakkan daripada program imunisasi dilakukan pada musim tengkujuh, kerana kita tidak mahu akan tercetus pula kluster pusat pemindahan jika banjir berlaku,” katanya kepada media selepas meninjau proses suntikan vaksin di pusat pemberian vaksin (PPV) Masjid At-Takwa, Kampung Durian Burung di sini hari ini.

“Kita tahu masjid amat dekat di hati umat Islam.”

Sementara itu, mengulas mengenai pembukaan operasi PPV di masjid berkenaan beliau berkata, ia diharapkan dapat membuang keraguan masyarakat Islam di negeri ini berhubung status vaksin COVID-19.

Beliau berkata, PPV itu adalah antara inisiatif yang diambil kerajaan negeri dalam menangani sentimen anti Islam, seperti yang disebarkan golongan tidak bertanggungjawab, khususnya kepada penduduk di kawasan pedalaman.

“PPV di masjid ini akan kita perluaskan ke kawasan pedalaman yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu, kerana kita tahu masjid amat dekat di hati umat Islam.

“Selama ini kita banyak berdepan dengan penyebaran dakyah negatif yang disebarkan golongan anti vaksin dan pendekatan membuka PPV di masjid diharapkan mampu memberi kesedaran berhubung kepentingan vaksin COVID-19 kepada masyarakat,” katanya.

Masjid At Takwa adalah perintis bagi PPV membabitkan masjid di Terengganu yang mula beroperasi hari ini.

Azmad memberitahu, Jabatan Kesihatan Negeri menetapkan sasaran 16,000 penerima vaksin setiap bulan di PPV berkenaan.

“Kita anggarkan seramai 500 penerima akan disuntik setiap hujung minggu menerusi PPV masjid yang diperkenalkan ini namun ia tertakluk kepada bekalan vaksin semasa,” katanya. - Getaran, 19 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan