web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cuba Seludup 5,520 Pewangi Ketiak, 2 Lelaki Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2021 8:42PM

Proton Waja dan kotak mengandungi pewangi ketiak yang dirampas di Kampung Pak Atah Jeram Perdah, Pasir Mas, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Cubaan dua lelaki menyeludup pewangi ketiak untuk dipasarkan di negeri ini gagal apabila mereka ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam serbuan di Kampung Pak Atah Jeram Perdah di sini, semalam.

Dua lelaki berusia 27 tahun itu ditahan pada jam 7.45 pagi dan polis turut merampas 5,520 botol pewangi ketiak serta sebuah Proton Waja dengan nilai keseluruhan RM59,680.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, rampasan itu dijalankan anggota Balai Polis Jeram Perdah selepas menahan sebuah kereta Proton Waja yang dilihat mencurigakan.

Katanya, hasil pemeriksaan tubuh badan kedua-dua lelaki itu tidak menemui apa-apa barang terlarang.

“Pemeriksaan dalam kereta tersebut bagaimanapun membawa kepada penemuan 230 kotak berwarna coklat, dengan setiap satu mengandungi 24 unit pewangi ketiak yang disyaki diseludup dari negara jiran.

“Pemandu tidak dapat menunjukkan dokumen yang sah berkaitan dengan barang-barang terbabit yang dibawa ke negeri ini,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Mohd Nasaruddin berkata, kesemua barangan terbabit termasuk Proton Waja itu dirampas, membabitkan nilai keseluruhan RM59,680.

“Dua lelaki terbabit bersama kenderaan dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Jeram Perdah untuk siasatan lanjut,” katanya.

Beliau memberitahu, pewangi ketiak yang dirampas itu juga akan dirujuk kepada pihak farmasi bagi menentukan tindakan susulan.

Katanya, satu salinan borang bongkar turut diserahkan kepada lelaki itu selepas ia ditandatangani. 

“Tangkapan dan rampasan dilakukan di bawah Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah (KPJ),” katanya. - Getaran, 20 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 13 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 14 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad