web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Feri P Pinang Diubah Suai Kepada Muzium, Restoran Dan Feri Pelancongan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 1:47PM

Gambar feri yang sudah diubah suai, inset: Tan Teik Cheng - Gambar ihsan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Lima buah feri ikonik lama Pulau Pinang bakal berubah wajah apabila diubah suai menjadi muzium terapung, feri pelancongan dan restoran terapung di negeri ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng berkata lima buah feri itu akan diserahkan kepada syarikat yang berkelayakan mulai 1 Julai ini.

Beliau berkata syarikat berkelayakan terbabit akan mengubah suai feri-feri ikonik ini kepada sebuah muzium terapung, dua feri pelancongan dan dua restoran terapung.

“Banyak cadangan telah diterima pada 19 Mac. Setelah dinilai oleh beberapa jawatankuasa SPPP, Mesyuarat Lembaga Pengarah SPPP pada pertengahan bulan Jun telah meluluskan syarikat yang berkelayakan untuk mengubah suai dan mengendali lima feri ikonik...SPPP dan syarikat yang berjaya akan menandatangani kontrak untuk tempoh 10 tahun dengan opsyen disambung selama 5 tahun lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Teik Cheng berkata syarikat-syarikat berkelayakan diberi tempoh tiga hingga enam bulan untuk memperbaiki dan mengubah suai feri-feri ikonik tersebut sebelum beroperasi sebagai pendorong sektor pelancongan di Pulau Pinang.

Beliau berkata sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan, pihaknya akan mengadakan majlis penyerahan feri-feri berkenaan pada 1 Julai manakala jika PKP dilanjutkan, penyerahan tetap diadakan tetapi secara dalam talian.

“Misi utama SPPP sekarang adalah memastikan lima buah feri ikonik ini terus muncul di perairan Pulau Pinang. Saya percaya feri-feri ini akan menjadi produk pelancongan yang penting dan tempat percutian menarik di Pulau Pinang,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Selera 3 minggu yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penyelia Restoran Didakwa Pecah Amanah Wang Syarikat Lebih RM80,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 15 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan