web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fahmi Reza: Polis Tunggu Pejabat Timbalan Pendakwa Raya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 5:26PM

Fahmi Reza - Gambar fail bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Polis masih menunggu maklum balas dari pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi menentukan sama ada kes berhubung poster yang dimuat naik oleh pereka grafik dan aktivis Fahmi Redza di Facebook dan Twitter berhubung Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad, akan disiasat.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata aktivis itu akan dipanggil bagi membantu siasatan, hanya selepas polis menerima Perintah Untuk Menyiasat (OTI) daripada Timbalan Pendakwa Raya.

“Timbalan Pendakwa Raya yang akan menentukan sama ada kes itu boleh disiasat atau sebaliknya,” katanya pada sidang media selepas Operasi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di sebuah kilang di kawasan Lubuk Merbau dekat sini hari ini.

Pada 17 Jun lepas, Ketua Pemuda UMNO Perak Mohd Ariff Abdul Majid membuat laporan polis di IPD Kuala Kangsar berhubung poster berkenaan yang disifatkan sebagai fitnah dan sengaja menimbulkan kebencian terhadap Menteri Besar Perak.

Mohd Ariff dilaporkan berkata poster yang dimuat naik Fahmi Reza itu menjadi tular bersama kapsyen berbunyi ‘kita dah bagi makan sardin, jangan gatal nak mintak ayam pulak’ mengundang kecaman dan maki hamun pengguna media sosial yang lain.

Sementara itu, Omar Bakhtiar berkata operasi hari ini disertai 45 petugas terdiri daripada anggota polis, Kementerian Kesihatan, Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Sukarelawan Malaysia, yang melibatkan pemeriksaan di empat premis kilang di sini bermula pada pukul 10.30 pagi tadi, dan pemeriksaan mendapati kesemua mereka mematuhi SOP untuk beroperasi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 15 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan