web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Permohonan Reman 4 Hari Gagal, Aiman Hakim Dibebas Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 5:12PM

Aiman Hakim akan dibebaskan sebelum pukul 6 petang kata peguamnya. - Gambar dari Twitter Amir Abd Hadi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis gagal melanjutkan tempoh reman bagi seorang aktivis yang disiasat kerana disyaki menghina institusi Diraja.

Ia susulan keputusan Mahkamah Majistret yang menolak permohonan reman oleh pihak polis terhadap Muhammad Aiman Hakim Zainal Ariffin.

Aiman Hakim ditahan setelah dia dipanggil ke ibu pejabat polis Dang Wangi semalam, susulan ciapan di Twitter yang didakwa sebagai menghina institusi Diraja.

Dalam sebuah video pendek yang disiarkan oleh pengasas bersama Malaysian United Democratic Alliance (MUDA), Amir Abdul Hadi, peguam Aiman Hakim, Rajsurian Pillai, mengatakan anak muda itu hanya direman sehari.

“Aiman Hakim akan dibebaskan hari ini sebelum jam 6 petang,” kata Rajsurian kepada wartawan.

Beliau bagaimanapun memberitahu, telefon bimbit Aiman telah dirampas oleh polis untuk analisis forensik yang juga sebahagian daripada prosedur siasatan lanjut.

“Nama pengguna dan kata laluan Twitter suspek juga diberikan kepada pegawai penyiasat untuk diserahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya.

Dalam ciapan sebelumnya, Amir memberitahu, Aiman Hakim ditangkap setelah dipanggil ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi petang semalam.

Difahamkan, pemuda berusia 27 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu dalam satu ciapan di Twitter, Aiman Hakim yang menggunakan akaun  @AimanHkim memberitahu, dia dipanggil untuk memberikan keterangan pada jam 10 pagi semalam, berkaitan dengan ciapan yang didakwa menghina institusi Diraja. - Getaran, 23 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan