web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


80 Peratus Penduduk Terima Dos Pertama Vaksin, Langkawi Kembali Dibuka - Sanusi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Jun 2021 5:20PM

Muhammad Sanusi Md Nor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Industri pelancongan Langkawi yang kini malap disasarkan akan kembali dibuka menjelang September depan dengan syarat, 80 peratus daripada penduduk di pulau legenda itu sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, sasaran itu ditetapkan di bawah program gelembung pelancongan (Bubble Tourism) yang diselaraskan bersama oleh kerajaan negeri, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Sekiranya perkara itu menjadi kenyataan katanya, maka rakyat Malaysia yang telah menerima dua dos suntikan vaksin akan dibenarkan mengunjungi pulau legenda itu untuk bercuti.

“Sasaran ini hanya mampu direalisasikan sekiranya 80 peratus atau 61,000 penduduk Langkawi telah sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19. Untuk itu, Kedah amat berharap agar dapat menerima bekalan vaksin mencukupi di pulau tersebut, secepat mungkin.

“Setakat ini kita sudah membuat penyelarasan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) yang dikendalikan Pegawai Daerah untuk menyediakan pusat pemberian vaksin (PPV) secukupnya bagi mempercepatkan proses vaksinasi di Langkawi,” katanya.

Mengulas mengenai penghantaran bekalan vaksin di Kedah, Muhammad Sanusi berkata, setiap minggu negeri ini menerima kira-kira 29,300 dos vaksin.

“MOSTI ada menjanjikan yang Kedah akan menerima 52,000 dos vaksin seminggu dalam bulan ini namun hingga kini, kita masih belum memperolehinya.

“Rasanya MOSTI juga sedang bertungkus lumus untuk memastikan bekalan vaksin dari luar negara sampai tepat pada masanya. Begitu pun kita sudah membuat persediaan sejak dua minggu lalu dan kita sebenarnya memiliki kemampuan untuk menyempurnakan hingga 80,000 suntikan vaksin sehari,” katanya.

Beliau bagaimanapun berharap, penghantaran vaksin untuk program gelembung pelancongan di Langkawi itu tidak termasuk di bawah jumlah 52,000 dos vaksin dijanjikan MOSTI sebelum ini. 

“Saya harap program pemberian vaksin di Langkawi dapat dijalankan secara khas kerana pembukaan Pulau Langkawi perlu diberi perhatian memandangkan Krabi dan Phuket di Thailand, dijangka turut dibuka tidak lama lagi.

“Oleh itu, Langkawi perlu dipastikan menjadi destinasi pilihan pelancong domestik dan antarabangsa,” katanya.

Tambahnya, syarikat penerbangan terkemuka dunia, Qatar Airways sekali lagi menyatakan komitmen seperti sebelum ini, untuk membuat tujuh penerbangan seminggu dari 121 destinasi antarabangsa ke Langkawi, menerusi pertemuan mereka bersama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), semalam.

“Kita perlu bersedia untuk melaksanakan gelembung pelancongan ini selepas program vaksinasi khusus di Langkawi, berjaya dilaksanakan,” katanya. - Getaran, 23 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

2

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Mayat Wanita Ditemui Dalam Longkang, Mangsa Miliki Pertalian Keluarga

4

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah