web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Gesa Bank Dunia Bantu Negara Membangun Nikmati Kesaksamaan Vaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 5:59PM

Khairy berkata kerajaan sedang menambah bilangan PPV bagi mempercepat pelaksanaan program imunisasi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia hari ini menggesa Bank Dunia membantu negara membangun menikmati kesaksamaan dalam agihan vaksin global.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata perbuatan membolot vaksin oleh negara maju merupakan satu tindakan tidak bermoral yang tidak mencerminkan kepimpinan global yang bertanggungjawab dan dihormati.

“Kami hargai sumbangan yang kami akan terima daripada negara maju pada minggu-minggu mendatang, namun ini tidak ‘menghalalkan’ apa yang berlaku sejak beberapa bulan lepas dan inilah yang mengawal pasaran vaksin.

“Kita mewujudkan COVAX dalam semangat perpaduan global sebagai mekanisme kesaksamaan vaksin, dan itu menjadi satu kegagalan yang besar, dan bagi saya Bank Dunia bertanggungjawab membantu negara-negara membangun dengan menjadi suara yang lantang dalam memastikan kesaksamaan vaksin di peringkat global,” katanya dalam amanat khas pada pelancaran Malaysia Economic Monitor - Edisi Jun 2021 secara maya.

Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, berkata ada keperluan untuk perpaduan diperkukuhkan semula di samping keperluan mendesak dalam merapatkan jurang kesaksamaan vaksin yang menyebabkan negara berpendapatan rendah dan sederhana ketinggalan.

“Kami mahu kesaksamaan vaksin diwujudkan sekarang dan pada masa depan. Hanya itu sahaja caranya untuk kita keluar daripada pandemik ini dan juga wabak pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan berhasrat memastikan 60 peratus penduduk negara ini divaksinasi menjelang penghujung September ini.

Khairy berkata kerajaan sedang menambah bilangan pusat pemberian vaksin (PPV) bagi mempercepat pelaksanaan program imunisasi selain mewujudkan PPV mega untuk meningkatkan kadar pemvaksinan.

Disasarkan 1,000 lagi pengamal perubatan am (GP) daripada sektor kesihatan swasta akan mula terbabit dalam pemvaksinan menjelang 30 Jun ini, seiring pertambahan PPV yang dibuat secara berterusan oleh kerajaan.

“Kerajaan yakin dapat memberikan 11 juta dos vaksin pada Julai, 13 juta dos menjelang akhir Ogos 2021 dan tambahan lapan juta lagi menjelang penghujung September,” katanya.

“Matlamat kami ialah memberi vaksin kepada semua,” katanya.

Pada masa sama katanya kerajaan akan meneruskan sokongan terhadap syarikat dan melindungi peluang pekerjaan untuk rakyat menerusi pelbagai pakej bantuan, termasuk pakej terbaharu PEMERKASA Tambahan bernilai RM40 bilion yang bertujuan membantu sektor swasta kekal bertahan dalam tempoh terdekat ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan