web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Darurat: Khairuddin Gagal Rujuk Persoalan Undang-Undang Ke Mahkamah Persekutuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jun 2021 6:18PM

Khairuddin Abu Hassan - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan bekas penyelaras Parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk merujuk empat persoalan undang-undang berkenaan keabsahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung pengisytiharan Proklamasi Darurat, ke Mahkamah Persekutuan.

Persoalan undang-undang itu antara permohonan Khairuddin dalam saman pemulanya terhadap Muhyiddin dan kerajaan selaku defendan bagi mencabar tindakan perdana menteri itu menasihati Yang di-Pertuan Agong berhubung pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi mengekang penularan COVID-19.

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Khairuddin selaku plaintif ketika dihubungi pemberita berkata Hakim Datuk Noorin Badaruddin menolak permohonan itu tanpa perintah kos selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak semasa prosiding dalam talian hari ini menerusi aplikasi Zoom.

“Mahkamah juga menetapkan 24 Ogos ini untuk pendengaran permohonan kedua-dua defendan untuk membatalkan saman pemula itu,” katanya yang turut memaklumkan prosiding itu turut disertai Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan dan S Narkunavathy.

Berdasarkan salinan hujahan bertulis plaintif (Khairuddin), beliau antaranya menghujahkan bahawa keempat-empat persoalan keperlembagaan itu adalah kabur yang mewajarkan satu penentuan secara jelas oleh Mahkamah Persekutuan.

Muhyiddin dan kerajaan menerusi penghujahan bertulis menegaskan semua mahkamah mempunyai kuasa untuk menafsir perlembagaan serta bagi menentukan isu perlembagaan, dan Mahkamah Tinggi patut menentukan isu seperti itu terlebih dahulu.

Pada 12 Jan lepas, Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos 2021 sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19.

Muhyiddin, pada hari sama, menjelaskan bahawa Jemaah Menteri telah menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan proklamasi darurat bagi seluruh negara mengikut Perkara 150 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Antara lain, Perkara 150 (1) memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh mengisytiharkan darurat jika baginda berpuas hati suatu darurat besar sedang berlaku menyebabkan keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam dalam Persekutuan terancam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 17 jam yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan